BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | Jerebu: Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Putrajaya ditutup esok | 

Terdapat 388 berita berdasarkan kata kunci carian " projek"

Malaysia Mampu Sumbang Sehingga 20 Peratus Kepada Kapasiti RE Gentari Dalam Lima Hingga 10 Tahun

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUANTAN, 19 Jun (Bernama) -- Gentari Sdn Bhd menjangkakan Malaysia akan menyumbang antara 10  dan 20 peratus daripada kapasiti tenaga boleh baharu (RE) dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, disokong oleh prospek pertumbuhan domestik yang lebih kukuh termasuk dasar kerajaan yang menyokong.

Kedudukan Malaysia Dalam Penarafan IMD Naik Hasil Pembaharuan, Kerjasama Awam-swasta - FMM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Peningkatan Malaysia pada kedudukan ke-15 dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan usaha pembaharuan yang berterusan dan penyelarasan yang lebih erat antara sektor awam serta swasta, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Malaysia, Korea Selatan Perkukuh Kerjasama TBB Melalui Projek Bio-CNG Terengganu

KUALA LUMPUR,19 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan memperkukuh lagi kerjasama strategik dalam tenaga boleh baharu (TBB) susulan pertukaran surat hasrat (LOI) bagi Projek Naik Taraf Biogas Kilang Sawit Negeri Terengganu, inisiatif yang akan menukarkan sisa daripada industri minyak sawit kepada  biogas asli mampat (Bio-CNG).

Selangor Cadang Perluas SA500, Bantu Syarikat Terkesan Gangguan Bekalan Dan Sumber

SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor bercadang memperluaskan program Selangor Advance (SA500) bagi membantu aliran tunai syarikat yang berurusan dengan projek infrastruktur negeri termasuk di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT). 

JETP Dilancar, Sasar 83 Projek Pelaburan Bernilai RM167.4 Bilion Menjelang 2030

JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) dengan mengenal pasti 83 projek pelaburan menerusi lapan industri keutamaan yang dijangka menjana pelaburan bernilai RM167.4 bilion.

Malaysia Perlu Rangka Undang-undang, Regulasi Kukuh Sebelum Teroka Kuasa Nuklear – Persatuan Nuklear Sedunia

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mewujudkan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang kukuh serta membangunkan tenaga kerja mahir sebelum tenaga nuklear boleh dipertimbangkan secara realistik dalam campuran sumber tenaga jangka panjang negara, kata Ketua Pengarah Persatuan Nuklear Sedunia (WNA) Dr Sama Bilbao y Leon.

PKFZ Catat Hasil RM108 Juta Walaupun 'Pengaktifan Semula' Capai 86 Peratus

PULAU INDAH, 18 Jun (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang kini 'diaktifkan semula' pada kadar 86 peratus selepas kurang dimanfaatkan hampir dua dekad, berupaya menjana hasil sebanyak RM108 juta.

Nilai Kontrak Projek Pencawang Pusat Data Suncon Di Johor Meningkat Kepada RM865.6 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Sunway Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd, telah menerima arahan perubahan permintaan perkhidmatan projek bagi pembinaan dan menyiapkan pencawang untuk dua projek pusat data di Johor.

BDB Land Bangunkan Pusat Komersial Baharu Di Jitra Dengan GDV RM41.5 Juta

ALOR SETAR, 18 Jun (Bernama) -- BDB Land Sdn Bhd (BDB Land), anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) akan membangunkan pusat komersial baharu iaitu Darulaman Commercial District (DCD) di Bandar Darulaman, Jitra dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM41.5 juta.

Cuaca Ekstrem, Bencana Alam Jadi Risiko Utama Sektor Pembinaan Dalam Lima Tahun Akan Datang

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Zurich Insurance Group mengenal pasti cuaca ekstrem dan bencana alam sebagai risiko paling serius yang dihadapi oleh sektor pembinaan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan memberikan skor 6.2 daripada tujuh.

Sum Technology Perkukuh Operasi Di Malaysia, Filipina

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian siap guna, Sum Technology Holdings Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, merancang untuk memperkukuh operasinya di Malaysia dan Filipina.

Pemuktamadan Pelan Hala Tuju Perdagangan ASEAN-Rusia Permulaan Baik, Persekitaran Kondusif Penting - PM Anwar

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- Pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 merupakan langkah awal untuk lonjakan seterusnya dalam hubungan ekonomi, namun persekitaran kondusif penting untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.