Terdapat 746 berita berdasarkan kata kunci carian " li"

Kerajaan Kaji Potensi Teknologi Nyahgaram Air Laut Untuk Industri, Pusat Data -- PETRA

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang meneroka potensi teknologi penyahgaraman air laut sebagai antara sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan industri dengan keperluan air yang tinggi, termasuk pusat data.

Eksport FIZ Cecah RM106.7 Bilion pada Separuh Pertama 2026 -- MITI

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport yang direkodkan di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) telah mencecah RM106.7 bilion bagi tempoh Januari sehingga Jun 2026, mencerminkan momentum pertumbuhan yang kekal kukuh.

PMKS Tidak Perlu Ubah Suai Sistem Di Bawah RUU Statistik 2026

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama)  -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tidak perlu mengubah suai sistem sedia ada atau membangunkan aplikasi baharu bagi memenuhi pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Sistem Percukaian Dunia Perlu Bergerak Seiring Dengan Landskap Ekonomi Digital - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sistem percukaian dunia perlu bergerak seiring dengan landskap ekonomi yang semakin cenderung ke arah pendigitalan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Industri Acara Perniagaan Dijangka Jana Impak Ekonomi RM34.97 Bilion Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Industri acara perniagaan Malaysia diunjurkan menjana impak ekonomi terkumpul berjumlah RM34.97 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang sedang digerakkan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

FedEx Perkukuh Ketersambungan Malaysia Menerusi Perkhidmatan Tanpa Henti Guangzhou-Sydney

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Syarikat pengangkutan global Federal Express Corporation (FedEx) melancarkan laluan perkhidmatan baharu Guangzhou-Sydney yang akan memperkukuh hubungan perdagangan ke Australia dari pasaran utama di seluruh Asia, termasuk Malaysia.

Malaysia Sedia Pacu Pertumbuhan Sektor Hartanah Susulan Peralihan Struktur Serantau --jll

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia kini muncul sebagai penerima manfaat utama daripada perubahan struktur di Asia Tenggara apabila rantau ini beralih daripada pemulihan kitaran ekonomi, menurut Jones Lang LaSalle IP Inc (JLL).

KLIA Terminal 1 Tambah Baik Kemudahan Pengambilan E-Panggilan Bermula 4 Ogos - MAHB

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 memperkenalkan beberapa penambahbaikan pada kemudahan pengambilan e-panggilan yang bertujuan memberi pengalaman ketibaan yang lebih lancar, cepat dan selesa kepada penumpang berkuat kuasa hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa dan kemudiannya menyusut apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan di pasaran global, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah pada Isnin.

Belian Saat Akhir Saham Wajaran Tinggi Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan mencatat peningkatan kecil pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saat-saat akhir ke atas saham bermodal besar terpilih di tengah-tengah pemulihan sentimen pelabur walaupun dalam situasi ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Lebih 14.2 Juta Individu Terima BUDI95 Dengan Penggunaan Lebih 13.4 Bilion Liter - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lebih 14.2 juta daripada 16.7 juta individu yang menerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) telah menikmati subsidi berkenaan yang melibatkan penggunaan lebih 13.4 bilion liter, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.