Terdapat 122 berita berdasarkan kata kunci carian "th"

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Harapan Kemajuan Rundingan AS-Iran

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.

MITI: 14 Lawatan Rasmi Luar Negara Jana Potensi Pelaburan Sebanyak RM59.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Sebanyak 14 lawatan rasmi serta misi perdagangan dan pelaburan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah dilaksanakan melalui agensi perdagangan selain pelaburan dari 2025 sehingga September 2026. 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Prospek Data Ekonomi AS Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) --  Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila prospek data ekonomi Amerika Syarikat yang positif memberikan sokongan kepada mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, pulih daripada penyusutan awal untuk kekal melepasi paras 1,600 mata, disokong aktiviti pembelian terpilih pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor telekomunikasi dan berkaitan komoditi walaupun saham teknologi terus menyusut.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup dengan prestasi bercampur-campur pada Isnin ketika ringgit lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

EPMB Perluas Operasi Pemasangan, Keluarkan Dua Model Hibrid Baharu GWM Di Melaka

ALOR GAJAH, 2 Nov (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memperluaskan operasi pemasangan kenderaan di Melaka menerusi pelancaran dua model kenderaan hibrid baharu Great Wall Motor (GWM) jenis pelbagai guna (MPV) HEV Wey G9 dan utiliti sukan (SUV) Hibrid EC15S.

MotoGP Group Sasar Pertumbuhan Peminat Di Asia Tenggara, Tidak Bercadang Tambah Perlumbaan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- MotoGP Sports Entertainment Group SL (MotoGP Group) menyasar meningkatkan lagi jumlah peminat sukan permotoran itu di Asia Tenggara melalui kandungan dan peluang komersial, namun tidak bercadang menambah perlumbaan di rantau ini buat masa ini. 

Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham mewah terpilih berikutan sentimen serantau yang berhati-hati.

Harga Emas Tempatan Dijangka Kekal Stabil Hingga Hujung Tahun

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Harga emas tempatan dijangka kekal stabil atau meningkat sedikit berbanding paras semasa sehingga hujung tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan perubahan struktur ekonomi global, kata seorang ahli akademik.

MotoGP Akan Nilai Situasi Di Asia Barat Tahun Depan, Tolak Cadangan Penggiliran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- MotoGP Sports Entertainment Group SL akan menilai keadaan di Asia Barat semasa merangka jadual bagi tahun depan dan tiada rancangan segera untuk melaksanakan sistem penggiliran perlumbaan sekiranya konflik serantau berlarutan, kata timbalan ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Carlos Ezpeleta.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas, menjejaskan sentimen pelabur.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Jangkaan Normalisasi OPR

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini.