BERITA TERKINI   Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | PM Anwar tegaskan perancangan, pembangunan bandar tidak pinggirkan nilai kemanusiaan, kebajikan rakyat | Kerajaan akan pastikan pembangunan pusat data tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada - Menteri MITI | 

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Harapan Kemajuan Rundingan AS-Iran

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0690/0750 berbanding dolar AS daripada 4.0695/0735 semasa ditutup pada Isnin.

Ad Banner
Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata rundingan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berpotensi membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz.

Harga minyak mentah Brent menurun dengan ketara sebanyak 8.12 peratus kepada US$104.21 setong.

“Pada masa yang sama, lelongan Bil Perbendaharaan AS untuk tempoh tiga dan enam bulan menyaksikan penurunan hasil, menunjukkan bahawa jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah mereda.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, situasi di Asia Barat masih tidak menentu dan pemain pasaran akan terus memantau keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Mohd Afzanizam menjangka ringgit diniagakan dalam jajaran kecil hari ini berikutan sentimen pasaran kekal berhati-hati.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.5540/5607 daripada 4.5652/5697 semasa ditutup pada Isnin, naik berbanding pound kepada 5.4561/4642 daripada 5.4621/4675, bagaimanapun menurun berbanding yen kepada 2.5769/5809 daripada 2.5766/5793 sebelum ini.

Ringgit mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1809/1858 daripada 3.1825/1862, bagaimanapun mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 224.1/224.5 dan peso Filipina kepada 6.39/6.41.

Mata wang tempatan menurun berbanding baht Thailand kepada 12.0634/0920 daripada 12.0496/0661 semasa ditutup pada Isnin. 

-- BERNAMA