BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 33 berita berdasarkan kata kunci carian "rhb"

Bank Pelaburan Kekal Posiitf Terhadap Kaunter Perladangan Didorong Kenaikan Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kaunter perladangan kekal menjadi tumpuan apabila bank-bank pelaburan mengekalkan pendirian positif berikutan lonjakan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong didorong oleh ketegangan yang kembali meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

RHB IB Unjur Peruntukan Belanjawan 2027 Kerajaan Persekutuan Pada RM437.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 adalah sebanyak RM437.8 bilion.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Peningkatan Konflik Di Asia Barat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Rabu di tengah-tengah sentimen berhati-hati pelabur berikutan peningkatan ketegangan di Asia Barat yang menyaksikan minyak mentah Brent melonjak melepasi paras US$100 setong, kata seorang penganalisis.

Kualiti Aset Bank Kekal Berdaya Tahan Disokong Penampan Kukuh, Pengurusan Risiko Proaktif

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kualiti aset bank Malaysia kekal berdaya tahan, disokong penampan penyerapan kerugian yang mapan serta pengurusan risiko kredit yang proaktif, meskipun berdepan ketidaktentuan yang meningkat susulan konflik Asia Barat dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang berterusan, kata RAM Ratings.

BNM Dijangka Kekalkan OPR 2.75 Peratus Pada Mesyuarat November Ini

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Penyelidikan beberapa bank pelaburan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 2.75 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang dijadualkan pada November depan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Di Sebalik Sentimen Lemah Global

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa di sebalik aktiviti jualan meluas berikutan sentimen global yang lebih lemah menjejaskan minat risiko pelabur.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, menjejaki prestasi negara serantau yang lebih lemah dalam persekitaran ketegangan geopolitik antara AS dan Iran yang memuncak.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, bagaimanapun mencatatkan penurunan selepas itu, menjejaki prestasi Wall Street lemah semalaman.

Keuntungan Bersih RHB Bank Naik Kepada RM807.15 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd mencatatkan kenaikan kecil kepada RM807.15 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2026 berbanding RM803.50 juta yang disaksikan dalam suku yang sama tahun sebelumnya selepas disumbangkan oleh jumlah pendapatan yang lebih tinggi dan anggaran kerugian kredit yang lebih rendah.