Terdapat 287 berita berdasarkan kata kunci carian "harga"

Malaysia Muncul Antara Ekonomi Berprestasi Terbaik Di ASEAN Dengan KDNK Suku Ketiga Tumbuh 5.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan, dengan kadar tahun ke tahun disemak naik kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan negara berprestasi terbaik di ASEAN.

Xiaomi Lancar Siri 18 Pro Dengan Pengalaman Premium Era AI

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Xiaomi hari ini telah melancarkan barisan telefon pintar perdana terbaharunya, Siri Xiaomi 18 Pro, menampilkan Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max di Malaysia.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan kerugian yang dicatatkan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

BNM Akan Teliti Data Ekonomi, Inflasi Sebelum Putuskan OPR Bagi 2027 – Gabenor

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meneliti data ekonomi dan inflasi sebelum menentukan sama ada untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2027, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ekonomi Malaysia Tumbuh 5.5 Peratus Pada Suku Ketiga, Disokong Perbelanjaan Isi Rumah, Eksport – BNM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Anwar Sampai Ucapan Penting Pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan penting di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 pada hari pertama Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) APEC, di sini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Seiring Penurunan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa seiring dengan penurunan harga minyak kacang soya dan minyak mentah, kata seorang peniaga. 

MR DIY Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Rendah Kepada RM127.34 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM127.34 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 (S3 TK2026) berbanding RM136.12 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas di tengah-tengah perbelanjaan yang lebih tinggi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan tekanan jualan yang meningkat terutamanya dalam kalangan saham berkaitan teknologi dan pusat data sejajar dengan jualan di Wall Street semalaman, kata penganalisis. 

FTA Malaysia-EU Akan Perkukuh Kerjasama Ekonomi Malaysia-Perancis - Johari

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) – Perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) berpotensi membuka peluang perdagangan dan pelaburan baharu bagi Malaysia dan Perancis, memandangkan kedua-dua negara sedang bersiap sedia untuk meraikan 70 tahun hubungan diplomatik pada 2027.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, sejajar dengan penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras global, kata peniaga.