2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Apex Securities mengekalkan unjuran pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia bagi 2026 pada 4.5 peratus tahun ke tahun, tidak berubah daripada ramalan sebelum ini, dengan pertumbuhan pengeluaran dijangka sederhana berikutan penyusutan aktiviti penyimpanan stok serta kesan asas tinggi selepas prestasi kukuh pada separuh kedua 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) 2026 pada 4.9 peratus dengan pertumbuhan tahun ini yang kukuh sebanyak 5.7 peratus menunjukkan potensi peningkatan kepada unjuran semasanya.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 3 Julai (Bernama) -- Ekonomi Pulau Pinang berkembang 7.3 peratus pada 2025 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM130.3 bilion berbanding RM121.4 bilion pada tahun sebelumnya, disokong prestasi kukuh sektor pembuatan dan perkhidmatan.
3bulan ago
KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Sabah berjaya mencatatkan prestasi ekonomi lebih kukuh pada 2025 apabila keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negeri berkembang sebanyak 5.1 peratus berbanding 1.2 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tinggi dalam reka bentuk litar bersepadu sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh industri semikonduktor negara serta mempercepat pembangunan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).