24hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Techna-X Bhd memaklumkan Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar meletak jawatan itu berkuat kuasa hari ini.
25hari ago
Oleh Erma Idayu Mohd Yusop
GEORGE TOWN, 13 Sept (Bernama) -- Sebanyak 6,580 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berjaya meningkatkan skala perniagaan masing-masing setakat ini, sekali gus membuktikan intervensi kerajaan memberi impak nyata kepada golongan usahawan.
25hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- Motherson Group dari India memulakan penerokaan ke Malaysia dengan memanfaatkan bakat luar biasa, infrastruktur digital, serta ketersambungan serantau negara untuk membangun dan mengembangkan perniagaan teknologi maklumat (IT) dan penyelesaian teknologinya.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan sebanyak tiga lagi syarikat antarabangsa memulakan perkhidmatan penerbangan ke sini menjelang akhir tahun ini.
26hari ago
GEORGE TOWN, 12 Sept (Bernama) -- Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), subsidiari milik penuh Bank Rakyat, melancarkan aplikasi mudah alih MyARX sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh transformasi digital perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change.
26hari ago
Daripada M. Saraswathi
NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan tiga pertemuan dua hala hari ini di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini.
26hari ago
Daripada M. Saraswathi
NEW DELHI, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Techna-X Bhd melantik Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar sebagai Pengarah Eksekutif dan Timbalan Pengerusinya, berkuat kuasa hari ini.
28hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi serta Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan ke negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di New Delhi.
28hari ago
Daripada M.Saraswathi
NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Sempena Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di sini, New Delhi mempertingkat kawalan keselamatan serta mengetatkan protokol pergerakan termasuk lencongan lalu lintas di sepanjang laluan utama di bandar ini bagi memastikan pergerakan lancar para pemimpin.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melabur sebanyak hampir RM570 juta dalam pendidikan sejak 1996 menerusi Program Biasiswa PNB bagi membangunkan bakat yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.