7hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga arang batu sehingga mencecah US$148 setan pada 10 Sept 2026 memberi kesan langsung kepada kos penjanaan elektrik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia susut 2 peratus tahun ke tahun kepada 71,428 unit pada Ogos 2026 daripada 73,041 unit pada bulan sama tahun lepas.
7hari ago
KUCHING, 18 Sept (Bernama) -- Nilai eksport kayu dan produk berasaskan kayu Sarawak setakat Jun lepas dianggarkan mencecah RM1.16 bilion, kata Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) Datuk Zainal Abidin Abdullah.
8hari ago
BANGKOK, 18 Sept (Bernama) -- Petronas berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan permintaan gas asli cecair (LNG) Asia pada masa depan, disokong oleh portfolio bekalannya yang pelbagai dan kapasiti pengeluaran yang meningkat di Malaysia, terutamanya pengoperasian loji baharu di Sabah tahun depan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Syarikat bahan termaju Malaysia, Vertex Material yang membangunkan bahan komposit berasaskan tembaga untuk aplikasi perindustrian, muncul sebagai syarikat unicorn (gergasi) baharu selepas mencapai penilaian kira-kira US$7 bilion (US$1=RM4.08).
8hari ago
JOHOR BAHRU, 17 Sept (Bernama) -- Gangguan bekalan tenaga global kini menunjukkan kesan susulan apabila impak yang sebelum ini tertumpu pada pasaran petrol bermula Mac lepas mula merebak kepada bekalan tenaga lain seperti gas asli dan arang batu.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan BSN BizGrow dan BSN BizGrow+ untuk memperluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro di Malaysia termasuk penjaja.
10hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan harga tenaga, kata seorang penganalisis.
10hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 15 Sept (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia merancang untuk memperkenal 17 model baharu bagi pasaran Malaysia pada 2027 sekali gus memperluas penawarannya dalam segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).
10hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, dibebani oleh prestasi niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah, kata seorang peniaga.
10hari ago
BATU KAWAN, 15 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang wajar meneroka pewujudan bazar emas dan berpotensi membangunkan kemudahan penyimpanan emas sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan negeri itu hab emas serantau, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Steven Sim Chee Keong.