BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 33 berita berdasarkan kata kunci carian " pemilikan"

Public Bank Akan Nyahsenarai Anak Syarikat Hong Kong Pada HK$2.50 Sesaham

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Public Bank Bhd mengemukakan cadangan untuk menyahsenarai anak syarikatnya yang dimiliki sebanyak 73.23 peratus, Public Financial Holdings Ltd (PFHL) pada harga tawaran HK$2.50 (RM1.29) sesaham.

Belanjawan 2027: Industri Hartanah Harap Kerajaan Lanjutkan Pengecualian Duti Setem

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Industri hartanah berharap kerajaan menerusi Belanjawan 2027 akan melanjutkan pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama serta melaksanakan langkah lain yang dapat meningkatkan aspek kemampuan dalam pemilikan rumah.

Sasaran Peratus Sumbangan Syarikat Bumiputera Kepada KDNK Akan Diperinci Semula - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Sasaran untuk melonjakkan sumbangan nilai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera daripada 15 peratus kepada sehingga dua kali ganda menjelang 2035 akan diperincikan semula pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kementerian Ekonomi Teliti Persediaan Hadapi Negara Menua Dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang meneliti struktur persediaan Malaysia dalam menghadapi perubahan demografi sebagai sebuah negara menua, menerusi Belanjawan 2027.

Tomei GoldNow Perkenal Ciri Hadiah Dan Simpanan Emas

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- GoldNow milik Tomei Consolidated Bhd kini memperkenalkan ciri Gold Gifting dan Gold Savings bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai platform mudah alih pengumpulan emas terkemuka di Malaysia.

PHB Umum 400 Juta Unit Baharu AHB

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), syarikat di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), hari ini mengumumkan penambahan 400 juta unit baharu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawarkan kepada pelabur Bumiputera.

Bursa Malaysia Pelawa Maklum Balas Fasa Dua Peralihan Sekuriti Tanpa Skrip

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd hari ini mengemukakan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas mengenai pindaan yang dicadangkan untuk memudahkan Fasa 2 peralihan kepada sekuriti tanpa skrip yang didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.

Wilayah Guizhou Di China Bina Rantaian Nilai Ai Bersepadu, Sasar Pasaran Asia Tenggara

Daripada Abdul Hamid A Rahman

GUIYANG, (China), 1 Sept (Bernama) -- Perjalanan selama kira-kira 40 minit dari Guiyang ke Kawasan Baharu Gui'an memaparkan tumpuan syarikat teknologi dan infrastruktur digital yang mungkin agak tidak asing bagi pengunjung dari Malaysia, kerana kawasan itu mempunyai sedikit persamaan dengan Cyberjaya.

Petronas Catat Prestasi Separuh Tahun Berdaya Tahan, Kekal Komited Menjamin Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan bersih RM27.2 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat RM1 bilion atau empat peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, mencerminkan pelaksanaan berdisiplin, kebolehpercayaan operasi dan kecemerlangan komersial dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.