Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian " pemain industri"

Malaysia Mampu Tampung Kesan Gangguan Perdagangan Di Selat Hormuz - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia masih mampu menampung kesan gangguan perdagangan di Selat Hormuz melalui penyesuaian rantaian bekalan, penyerapan kos oleh firma serta langkah dasar kerajaan yang membantu mengehadkan pemindahan kos kepada harga domestik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

30 Tahun Di Turkmenistan, Petronas Meterai Perjanjian Baharu Perkukuh Kerjasama Strategik

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

ASHGABAT (TURKMENISTAN), 20 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC(T)SB), hari ini meraikan tiga dekad kehadirannya di Turkmenistan melalui pemeteraian beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara itu.

Indonesia Jangka Harga FFB Minyak Sawit Pulih Dalam Seminggu

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 18 Jun (Bernama) -- Indonesia menjangkakan harga tandan buah segar (FFB) yang diterima petani kelapa sawit pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas pihak berkuasa campur tangan berhubung perkara yang mereka sifatkan sebagai anomali dalam pasaran.

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.