1bulan ago
GEORGE TOWN, 6 Ogos (Bernama) -- Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara mencatat satu lagi pencapaian penting apabila Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan penganugerahan Kontrak Sistem Turnkey (STC) bernilai RM3.028 bilion kepada usahasama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Theta Edge Berhad (MRCB-Theta Edge JV).
1bulan ago
KUCHING, 3 Ogos (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (Sarawak Energy) mengumumkan pelantikan Datuk Ruslan Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 September.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumkan pelantikan Datuk Badrul Hisham Mohd sebagai Ketua Pengarahnya berkuat kuasa 3 Ogos 2026, berikutan persaraan Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP), masing-masing kepada The Pacific Insurance Bhd (TPIB) berikutan ketidakpatuhan berhubung Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Wang S Enterprise Sdn Bhd yang tidak mematuhi Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack sebagai pengerusinya yang baharu.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi hari ini mengumumkan pelantikan Syamsul Farizz Nadzeri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
2bulan ago
KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Widad Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Tengku Shaifuddin Tengku Jamaluddin sebagai pengerusi baharunya dan Nor Azlan Zainal sebagai pengarah urusan kumpulan berkuat kuasa hari ini.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Siti Asiah Ahmad dilantik sebagai Ketua Perangkawan berkuat kuasa hari ini.
2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- AIA Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen individu bernilai bersih tinggi (high-net-worth, HNW) menerusi AIA Infinite, platform pengurusan kekayaan bersepadu yang menyokong pemeliharaan kekayaan, perancangan legasi serta kesinambungan kewangan merentas generasi, ketika persekitaran kewangan global semakin kompleks dan saling berkait.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), anak syarikat kepada Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), mengumumkan pelantikan Samad Majid Zain sebagai ketua pegawai eksekutif berkuat kuasa 1 Julai, 2026.