BERITA TERKINI   Pendaftaran Ubat Melalui Pos hanya dilakukan melalui fasiliti KKM dan bukan menerusi akaun media sosial - Fahmi | Empat daripada 10 ahli mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 menjelang usia 60 tahun - PM Anwar | Kerajaan telah memperuntukkan RM1.26 bilion untuk kebajikan warga emas, memanfaatkan 180,000 warga emas Malaysia serta memperluaskan pusat aktiviti - PM Anwar | Kes FELDA: Bekas CEO FIC didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas dua tuduhan perdaya berhubung projek Kuala Lumpur Vertical City  | 

Terdapat 60 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur as"

Pelabur Asing Kembali Ke Ekuiti Malaysia, Catat Aliran Masuk Bersih RM300.9 Juta Pada Julai

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran ekuiti Malaysia pada Julai, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM300.9 juta, dengan pembelian tertumpu dalam perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan logisitk serta utiliti. 

Malaysia Kekal Destinasi Pilihan Pelabur Asing Berikutan Persekitaran Perniagaan Kukuh - BMI

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Malaysia menawarkan antara persekitaran perniagaan paling kukuh di rantau ini, disokong oleh kerangka fiskal yang mantap, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur asing, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.

Kerajaan Nilai Semula Keperluan Import, Rangka Dasar Perkukuh Industri Domestik

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan menilai keperluan import negara termasuk barangan modal dan merangka dasar untuk mengurangkan kebergantungan pada ekosistem luaran dalam Malaysia giat memperkukuh industri domestik dan mewujudkan nilai yang lebih baik daripada perdagangan dan pelaburan.

Pelabur Asing Kembali Catat Belian Bersih Dengan Aliran Masuk Bersih RM11.1 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih selepas mencatatkan jualan bersih pada minggu sebelumnya, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM11.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dijangka Meningkat, Dipacu Untung Korporat, Aliran Masuk Asing

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan  kecenderungan meningkat minggu depan, disokong keuntungan korporat yang berdaya tahan, aliran masuk dana asing semakin baik, dan keredaan kebimbangan mengenai perdagangan global.

Pelabur Asing Kembali Ke Ekuiti Malaysia Dalam Persekitaran Pembetulan Teknologi

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) – Pelabur asing telah kembali ke pasaran ekuiti Malaysia pada bulan Julai, beralih kepada saham perbankan dan utiliti yang bersifat defensif apabila aliran dana global berubah berikutan pembetulan dalam saham teknologi

Keyakinan Pelabur Asing Terus Jadikan Malaysia Destinasi Pilihan, Pacu Pelaburan Domestik -- Sim

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Malaysia terus menjadi destinasi pilihan syarikat asing berikutan kedudukannya yang strategik dan neutral dalam landskap geopolitik global serta akses kepada pelbagai pasaran, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

Trend Semakan Kadar Sewa Runcit Dijangka Berterusan Hingga Separuh Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) kekal optimis trend positif semakan kadar sewa runcit akan berterusan sehingga separuh kedua 2026 berikutan rundingan pembaharuan berkaitan yang giat dijalankan.

BNM Terus Galakkan Aliran Dana Dua Hala Pasaran Kewangan Dalam Pesisir

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan usaha menggalakkan aliran dana dua hala dan memperkukuh pasaran kewangan dalam pesisir Malaysia melalui liberalisasi rangka kerja dasar pertukaran asing (FEP) yang berhati-hati.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada sektor tradisional seperti kaunter perbankan, pengguna dan perladangan.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat yang lebih sederhana minggu depan berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan yang kukuh dicatatkan pada minggu ini.

Malaysia Pelabur Asing Kelima Terbesar Di Indonesia Pada Suku Kedua 2026

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 16 Julai (Bernama) -- Malaysia merupakan sumber pelaburan asing kelima terbesar di Indonesia pada suku kedua 2026, dengan menyumbang US$700 juta (US$1 = RM4.065), manakala keseluruhan pelaburan direalisasi Indonesia berjumlah Rp511.8 trilion (Rp1 juta = RM225).