1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang negara ASEAN serta naik berbanding kebanyakan mata wang utama lain hari ini, apabila pelabur menunggu data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS bagi Jun yang akan dikeluarkan malam ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada Selasa apabila pelabur terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan serta ketiadaan pemangkin pasaran yang jelas, kata seorang penganalisis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai yang lebih lemah.
1hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
1hari ago
SHAH ALAM, 23 Jun (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) memeterai perjanjian usahasama (JVA) bersama Data Centre Union Sdn Bhd (DC Union) untuk membangunankan pusat data berteknologi tinggi di Cyberjaya, Selangor.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak dijangka bergerak dalam lingkungan US$65 hingga US$80 setong bagi tempoh enam hingga 12 bulan akan datang susulan ketidaktentuan berterusan berhubung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis veteran pasaran minyak.
1hari ago
BUTTERWORTH, 23 Jun (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan hampir RM134 juta pembiayaan kepada 143 syarikat bumiputera di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi tempoh 1 Dis, 2024 hingga 31 Mei lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur mengumumkan bahawa rundingan mengenai perjanjian perdagangan digital (DTA) yang baharu antara United Kingdom (UK) dan Malaysia telah bermula.
1hari ago
GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang sedang meninjau kemungkinan melancarkan penerbangan terus antara Pulau Pinang dan Jinan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan hubungan udara dengan utara China selain memperluaskan jangkauan pasaran pelancongan negeri itu.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengecualian sementara selama 60 hari bagi jualan minyak mentah Iran dalam pasaran global membuka peluang untuk Iran dan Malaysia memperkukuh kerjasama ekonomi terutama dalam sektor tenaga.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang mengukuhkan kehadirannya di pasaran Korea Selatan dengan penyertaan terbesarnya di Ekspo Import Korea (KIE) 2026, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengeluar produk bakeri, HSS Holdings Bhd merancang untuk memperkukuh kedudukannya di Asia Tenggara, memanfaatkan permintaan meningkat untuk produk halal selepas penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.