Terdapat 72 berita berdasarkan kata kunci carian " kapal"

MISC Peroleh Kontrak Sewa Jangka Panjang Kapal Pengangkut LNG Daripada Malaysia LNG

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- MISC Bhd memperoleh kontrak daripada Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) iaitu pengendali Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Bintulu, Sarawak bagi sewaan jangka panjang sebuah kapal pengangkut LNG (LNGC) baharu berkapasiti 18,700 meter padu (cbm).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Disokong Data Global

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh data ekonomi global yang positif, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Jumaat berikutan kenaikan di Wall Street, didorong oleh pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan lonjakan dalam saham cip, diimbangi oleh kebimbangan geopolitik yang berpanjangan.

Unit Perdana Petroleum Peroleh Kontrak Sewa AWB Daripada Keyfield Serenity

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Perdana Petroleum Bhd, Perdana Nautika Sdn Bhd (PNSB) memperoleh kontrak untuk menyewa satu unit kapal kerja penginapan (AWB) daripada Keyfield Serenity Sdn Bhd

Kisah Pohon Gelam Dan Ekonomi Malaysia

Oleh M.Saraswathi 

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Simposium Sasana tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) yang berakhir hari ini bukan sahaja membawa nada yang berbeza malah juga lebih segar apabila ucapan Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour tidak seperti kelaziman.

Unit Petra Energy Lupus Dua Kapal Pada Harga RM61.31 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petra Energy Bhd, Petra Marine Sdn Bhd (PMSB) telah memeterai dua memorandum perjanjian (MoA) untuk pelupusan kapal-kapalnya pada harga kira-kira RM61.31 juta.

Megah Port Lancar Perkhidmatan Marin Dengan Kapal Tunda Bernilai RM23 Juta

LABUAN, 29 Julai (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) hari ini secara rasminya memulakan perkhidmatan marinnya di Pelabuhan Labuan, disokong oleh pengambilalihan empat kapal tunda bernilai RM23 juta.

SBM Offshore Perkukuh Peranan Malaysia Dalam Projek Tenaga Luar Pesisir Global

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam rantaian nilai tenaga luar pesisir global apabila pasukan kejuruteraan dan teknikal tempatan kini diberi tanggungjawab yang semakin kompleks dalam pelaksanaan projek di peringkat antarabangsa.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Tarif AS, Ketegangan Asia Barat

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ekoran peningkatan ketidaktentuan harga minyak mentah susulan gangguan trafik kapal di Asia Barat serta langkah terbaru AS untuk mengenakan tarif ke atas 60 negara, termasuk Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Pasaran Pantau Tarif Terbaharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara meluas pada Jumaat, disebabkan pelabur menilai kesan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap import daripada 60 negara.

Harga Brent Kekal Lebih US$100 Setong Jika Kapal, Prasarana Tenaga Terus Diserang - OCBC

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Sebarang serangan ke atas kapal tangki atau prasarana tenaga di Asia Barat berpotensi mengekalkan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong, menurut OCBC Group Research.

MISC Diunjur Catat Pendapatan CAGR Sebanyak 12 Peratus Dalam Tempoh Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Syarikat maritim, MISC Bhd diunjur akan mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) pendapatan tiga tahun sebanyak 12 peratus, didorong oleh penambahan 19 aset dan sumbangan lebih kukuh daripada milik penuh kapal pengangkut gas asli cecair (LNG), menurut AmInvestment Bank Research (AmInvestment Bank).