Terdapat 698 berita berdasarkan kata kunci carian "maa"

Perniagaan, Orang Awam Berperanan Penting Dalam Perkukuh Keselamatan Tenaga Di Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perniagaan dan orang awam memainkan peranan penting dalam menyokong keselamatan tenaga di Malaysia, menjadi semakin kritikal memandangkan ketegangan geopolitik global terus mengganggu landskap tenaga.

Ringgit Dibuka Bercampur-campur Berbanding Mata Wang Utama Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pada Selasa, manakala dolar AS mengukuh berikutan harga minyak mentah yang kekal tinggi susulan pembukaan semula Selat Hormuz.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Permintaan Eksport Mengukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas disokong oleh pengukuhan dalam permintaan luar negara untuk minyak sawit Malaysia.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila jangkaan penurunan kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat telah meningkatkan permintaan terhadap logam berharga itu. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Berikutan Pelabur Tidak Memasuki Pasaran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin apabila para pelabur kebanyakannya tidak memasuki pasaran serta mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan perkembangan geopolitik.

Ringgit Kekal Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) --  Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila angka pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan prestasi dolar AS.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan di Bursa Malaysia Derivatives dengan lebih tinggi pada Isnin.

KDNK Tumbuh Positif, Bukti Daya Tahan Ekonomi Negara Harungi Ketidaktentuan - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Ahli akademik berpendapat anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026 merupakan perkembangan positif yang mencerminkan daya tahan ekonomi Malaysia dalam persekitaran global yang masih tidak menentu.

Reformasi TH Mula Tunjuk Hasil, Pelaksanaan Syor RCI Diperkukuh - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Reformasi Lembaga Tabung Haji (TH) mula menunjukkan hasil apabila prestasi pelaburan serta agihan keuntungan institusi berkenaan bertambah baik, dengan kadar agihan meningkat kepada 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025.

Institusi Tempatan Teruskan Pembelian Bersih Dua Minggu Berturut-Turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM451.1 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan data jumlah pekerjaan dalam sektor bukan pertanian (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lemah.