Terdapat 701 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah hari ini selepas harga tenaga dan minyak kacang soya menjadi lebih lemah, kata seorang peniaga.

Kerajaan Mulakan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Import gegelung Keluli China, Vietnam

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah memulakan kajian semula tamat tempoh terhadap pengenaan duti anti-lambakan bagi import gegelung keluli yang dipracat, dicat atau disalut warna (dagangan subjek) yang berasal atau dieksport dari China dan Vietnam, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Niaga Hadapan Emas Terus Meningkat Susulan Dolar AS Yang Lebih Lemah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan peningkatan hari ini, berdasarkan kenaikan mendadak pada sesi sebelumnya, apabila dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah menyokong permintaan bagi logam berharga itu. 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas pasaran meningkat semula baru-baru ini, dengan saham sektor telekomunikasi dan perindustrian mendahului penurunan itu, kata penganalisis.

Saham Tong Herr Digantung Sementara Menunggu Pengumuman Penting

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Tong Herr Resources Bhd (Tong Herr) memohon penggantungan sementara dagangan bagi menunggu satu pengumuman penting.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah tekanan jualan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada awal dagangan hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat peningkatan baru-baru ini, kata penganalisis.

Sentimen Meningkat, Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini, disokong oleh peningkatan sentimen pasaran susulan data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan awal.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini selepas sentimen mula melonjak berikutan keuntungan dalam saingannya, minyak kacang soya termasuk belian semasa harga rendah, kata CGS International Futures Malaysia Sdn Bhd. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki harga emas yang lebih tinggi di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.