Terdapat 258 berita berdasarkan kata kunci carian " laporan"

Sektor O&G Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Dua Peringkat, Harga Minyak Sokong Pendapatan Jangka Pendek - AmInvestment

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia dalam fasa pemulihan dua peringkat, dengan harga minyak yang tinggi menyokong prestasi pendapatan jangka pendek manakala perbelanjaan modal Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang meningkat semula dijangka memacu pemulihan aliran kontrak secara berperingkat mulai 2027 dan seterusnya, menurut AmInvestment Bank Bhd.

Dagangan Malaysia Cecah RM3.1 Trilion Pada 2025, Pulau Pinang Ungguli Eksport -- DOSM

GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia berkembang kepada RM3.1 trilion pada 2025, merangkumi RM1.6 trilion dalam eksport dan RM1.5 trilion import, dengan Pulau Pinang terus menerajui prestasi eksport negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Usaha Bermakna Daripada Tiktok Dalam Memajukan Pemerkasaan Digital - MDEC

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Platform yang memupuk inovasi, keterangkuman dan pertumbuhan mampan, seperti TikTok, menyokong usaha Malaysia dalam membangunkan masyarakat dipacu secara digital, menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Prospek Damai AS-Iran Pacu Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Jun  (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen terhadap risiko kembali pulih susulan laporan mengenai kemungkinan AS dan Iran memeterai perjanjian damai pada Jumaat ini.

Pasaran Getah Kukuh Didorong Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang ketat, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Tidak Menentu, Trend Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, dengan sedikit penurunan disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.