Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Saham Teknologi
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada tengah hari dipacu minat belian baharu terhadap saham teknologi, sejajar prestasi kebanyakan pasaran serantau.
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada tengah hari dipacu minat belian baharu terhadap saham teknologi, sejajar prestasi kebanyakan pasaran serantau.
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Peneraju perniagaan Eropah menggesa kepada perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) yang berkualiti tinggi dan memberikan hasil komersial yang praktikal selain memperkukuh pelaburan dan kerjasama jangka panjang.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang meneroka potensi teknologi penyahgaraman air laut sebagai antara sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan industri dengan keperluan air yang tinggi, termasuk pusat data.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport yang direkodkan di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) telah mencecah RM106.7 bilion bagi tempoh Januari sehingga Jun 2026, mencerminkan momentum pertumbuhan yang kekal kukuh.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat yang mampu berkembang daripada perusahaan kepada juara nasional dan seterusnya berstatus sebagai peneraju serantau, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Daripada K. Naveen Prabu
GUANGZHOU, 4 Ogos (Bernama) -- Industri pusat data Malaysia yang berkembang pesat dijangka memperkukuh keupayaan keselamatan siber negara, menurut syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu melangkaui tumpuan kepada pusat data dengan membangunkan lebih banyak syarikat teknologi tersenarai berskala besar bagi menarik pelaburan portfolio global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management Bhd Munirah Khairuddin.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Mata wang ringgit diunjur mencecah paras purata pada RM4.01 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2026 dan berpotensi menyusut kepada RM4.03 menjelang akhir tahun ini.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia kini muncul sebagai penerima manfaat utama daripada perubahan struktur di Asia Tenggara apabila rantau ini beralih daripada pemulihan kitaran ekonomi, menurut Jones Lang LaSalle IP Inc (JLL).
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengutamakan keterjaminan tenaga negara dengan mempelbagaikan akses kepada sumber gas berskala besar yang berpotensi memperluaskan pilihan bekalan dan meningkatkan daya tahan keselamatan tenaga.
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) menyambut baik gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya permohonan penggajian pekerja asing yang masih tertunggak, diselesaikan dalam tempoh sebulan, dengan keutamaan diberikan kepada sektor restoran.
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dijangka melancarkan Pelan Tindakan Pelaburan dan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada akhir tahun ini, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).