Terdapat 381 berita berdasarkan kata kunci carian " turun"

Niaga Hadapan MSM Melemah Susulan Lonjakan Dalam Bekalan Minyak Sawit

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan kebimbangan terhadap lonjakan dalam pengeluaran dan inventori minyak sawit di Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Lonjakan Bekalan Thailand

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada hari Rabu, walaupun pasaran hadapan getah serantau mencatatkan keuntungan.

Asas Ekonomi Kukuh, Ringgit Diunjur Kekal Berprestasi Tinggi -- Standard Chartered

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengekalkan kedudukan sebagai antara mata wang berprestasi tinggi selain dolar Singapura bagi rantau ini, disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh dan impak peningkatan harga minyak meskipun dalam senario pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Standard Chartered Bank.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dipengaruhi aktiviti pengambilan untung terutama dalam saham perbankan dan utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman Anggaran Awal Suku Kedua KDNK

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong sentimen pelabur yang bertambah baik menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026, seiring prestasi positif Wall Street semalaman.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Persekitaran Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS bagi Jun, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat.

Saham Tenaga, Perbankan Pacu Bursa Malaysia Meningkat Lebih Satu Peratus

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh apabila meningkat lebih satu peratus untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu minat belian yang amat memberangsangkan dalam kaunter minyak dan gas serta perbankan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, dengan indeks penanda aras meningkat 0.86 peratus disokong minat belian berterusan terhadap saham-saham perbankan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Belian Saham Penjagaan Kesihatan, Hartanah

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor penjagaan kesihatan dan hartanah walaupun prestasi semalaman di Wall Street lemah.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Ketidaktentuan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa berikutan ketidaktentuan di Selat Hormuz yang meningkatkan harga minyak mentah global, kata penganalisis.