1bulan ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia kini hanya 7.1 peratus di bawah ambang negara berpendapatan tinggi yang ditetapkan Bank Dunia susulan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
SEREMBAN, 28 Julai (Bernama) -- Harga minimum getah disasarkan mencecah RM5 sekilogram menjelang akhir 2027 dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Platform New Economy Venture (NEV) Sime Darby Property Bhd, Sime Darby Property NEV (Holdings) Sdn Bhd (SDP NEV) telah melaksanakan program sukuk RM2.6 bilion untuk membiayai pembangunan pusat data bina pajakan selain beberapa aset logistik dan industri.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, seiring dengan jualan besar-besaran saham teknologi di pasaran serantau susulan pembuat cip Amerika Syarikat (AS) Nvidia dilaporkan berbincang dengan OpenAI untuk membantu membiayai dana sokongan bernilai US$250 bilion.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kejayaan terbitan sukuk global Malaysia bernilai US$1.5 bilion minggu lepas menunjukkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonominya, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
JOHOR BAHRU, 28 Julai (Bernama) -- Bermula dengan hanya 200 biji tempahan awal secara kecil-kecilan di rumah sedekad lalu, perniagaan Habsah Koci Leleh kini merekodkan pencapaian luar biasa apabila menerima permintaan sehingga 8,000 biji kuih sehari.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi, dipacu aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan dan perladangan berikutan penurunan baru-baru ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SNS Network Technology Bhd, SNS Network (M) Sdn Bhd meraih perjanjian jualan bernilai US$298.65 juta (RM1.21 bilion) untuk membekalkan pelayan kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi kepada syarikat hiburan digital global beribu pejabat di Singapura.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan sendiri untuk menjadi pengeluar teknologi kompetitf global serta pada masa sama menyediakan tenaga kerja sedia masa depan demi menjana faedah daripada kebangkitan ekonomi Asia, kata Pengasas Bersama Strategic Intelligence Prof Henrik von Scheel.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Walaupun perlumbaan Formula Satu (F1) hanya akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, keterujaan terhadap kemunculan semula Malaysia dalam kalendar perlumbaan itu sudah mula dirasai di platform media sosial.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Peruncit tempatan kembali mencatatkan belian bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas merekodkan jualan selama seminggu, membawa kepada aliran masuk bersih sebanyak RM223.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).