BERITA TERKINI   Portal rasmi BUDI MADANI terima lebih 13,000 permohonan tambahan kuota 100 liter sebulan untuk pemilik kenderaan diesel setakat 11 pagi ini - MOF | Perkhidmatan LRT3 tanda kesungguhan kerjasama kerajaan, swasta dalam pastikan pengangkutan awam dibangunkan untuk keselesaan rakyat - PM Anwar | Tambang percuma bagi perkhidmatan LRT3, bas perantara Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok hingga 31 Julai - PM Anwar | Peluru berpandu pengganti NSM mesti penuhi keperluan integrasi sistem tempur, miliki teknologi setanding - Mohamed Khaled | Empat negara dikenal pasti berpotensi bekalkan sistem peluru berpandu antikapal - Mohamed Khaled | 

Terdapat 271 berita berdasarkan kata kunci carian " o"

Affin Hwang Investment Bank Lancar ELI Bagi Bantu Pelabur Teroka Ketidaktentuan Pasaran

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd hari ini melancarkan Pelaburan Berkaitan Ekuiti (ELI) bagi menyediakan pendedahan tersuai kepada pelabur terhadap pelbagai aset asas sambil menyokong objektif pasaran dan kepelbagaian pulangan risiko di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.  

Usaha Bermakna Daripada Tiktok Dalam Memajukan Pemerkasaan Digital - MDEC

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Platform yang memupuk inovasi, keterangkuman dan pertumbuhan mampan, seperti TikTok, menyokong usaha Malaysia dalam membangunkan masyarakat dipacu secara digital, menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Elsa Sasar Tingkatkan Pertumbuhan Dalam Segmen Teknologi Digital, Robotik, Kejuruteraan

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) bersepadu, Elsa Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan dalam segmen teknologi digital, robotik dan kejuruteraan.

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Malaysia Meningkat Kepada RM121.3 Bilion Tahun Lepas

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Sektor pelancongan domestik Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada 2025 dengan jumlah perbelanjaan pelawat domestik meningkat 13.6 peratus kepada RM121.3 bilion berbanding RM106.7 bilion pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

MCE Dijangka Raih Manfaat Daripada Pembangunan QV-E Pertama Perodua - HLIB

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pengeluar komponen elektronik MCE Holdings Bhd dijangka meraih manfaat daripada pembangunan model kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, QV-E, susulan syarikat itu membekalkan sistem infotainmen serta komponen elektronik lain, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan pasaran pada sesi sebelumnya, sekali gus memberi tekanan kepada indeks penanda aras.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Kadar Fed Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 16 Jun  (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan mengekalkan kadar faedah dalam persekitaran kebimbangan inflasi yang semakin reda serta penurunan hasil Perbendaharaan AS.

MRT Corp, IJM Land Perkenal Pembangunan TOD, The Linque Bernilai RM600 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan IJM Land Bhd telah melancarkan THE LINQUE, pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang disepadukan bersama Stesen MRT Cochrane, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih kurang RM600 juta.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Lebih Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR,15 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan dalam minyak kacang soya. 

Pasaran Buruh Singapura Berkembang, Pekerjaan Melonjak Sebanyak 9,400

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 15 Jun (Bernama) -- Pasaran buruh Singapura terus berkembang pada suku pertama 2026, dengan jumlah pekerjaan melonjak sebanyak 9,400, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM). 

Pelabur Malaysia Dipelawa Manfaatkan Peluang Infrastruktur Di Timor-Leste - Presiden Ramos-Horta

PETALING JAYA, 15 Jun (Bernama) -- Timor-Leste mempelawa pelabur Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan dan mendapatkan kontrak projek ketika negara memulakan pembangunan infrastruktur secara besar-besaran, kata Presiden José Ramos-Horta.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Penyusutan Harga Minyak

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan Isnin, didorong oleh harga minyak yang lebih rendah, kata penganalisis.