BERITA TERKINI   Pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua menunjukkan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berdepan cabaran global - Akmal Nasrullah | Pertumbuhan ekonomi dijangka terus disokong permintaan domestik, pasaran buruh stabil, perbelanjaan isi rumah dan permintaan global produk E&E bagi separuh kedua 2026 - Kementerian Ekonomi | Tahap kemajuan keseluruhan Projek ECRL Kota Bharu-Gombak capai 95.08 peratus setakat Julai 2026 - Loke | ECRL Kota Bharu-Gombak dijangka beroperasi lebih awal bermula Disember ini berbanding jadual asal Januari depan - Loke | Penggunaan isi rumah kekal berdaya tahan pada 4.8 peratus pada suku kedua 2026, disokong oleh pertumbuhan pendapatan, simpanan dan sokongan dasar kerajaan - Gabenor BNM | 

Terdapat 1277 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Apabila Hasil Perbendaharaan AS Meningkat

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Isnin, apabila mengalami tekanan susulan kenaikan hasil Perbendaharaan AS dan ketidaktentuan baharu mengenai hala tuju dasar monetari negara itu.

Harga Rendah Di Platform E-dagang Perlu Dinilai Sebelum Disifatkan Antipersaingan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Harga rendah bagi barangan yang ditawarkan di platform e-dagang tidak boleh terus disifatkan sebagai amalan penetapan harga predatori atau amalan antipersaingan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Marhamah Rosli.

WCT Perkukuh Kesediaan ESG Pembekal Melalui Program Queen Bee

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- WCT Holdings Bhd (WCT) melancarkan Program ESG Queen Bee, iaitu program sokongan pembekal berbayar yang menyediakan latihan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pembangunan strategi penyahkarbonan serta penilaian semula karbon bagi tempoh hingga dua tahun.

Belian Saat Akhir Saham Wajaran Tinggi Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan mencatat peningkatan kecil pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saat-saat akhir ke atas saham bermodal besar terpilih di tengah-tengah pemulihan sentimen pelabur walaupun dalam situasi ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Malaysia Bersedia Hadapi Ancaman Siber Canggih - Kaspersky

Daripada K. Naveen Prabu

GUANGZHOU, 3 Ogos (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik untuk menghadapi ancaman siber canggih yang menyasarkan institusi kerajaan, menurut syarikat keselamatan siber global Kaspersky.

Sarawak Energy Lantik Ruslan Abdul Ghani Sebagai bakal GCEO Berkuat Kuasa 1 September

KUCHING, 3 Ogos (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (Sarawak Energy) mengumumkan pelantikan Datuk Ruslan Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 September. 

Maybank Sasar Selesai Ambil Alih Maybank Ageas Holdings Akhir Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan untuk memuktamadkan pengambilalihan baki 30.95 peratus kepentingan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) menjelang akhir suku ketiga 2026, tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Dagangan Sabah 2025 Cecah RM105.5 Bilion, Kekal Lebih RM100 Bilion Untuk Tahun Keempat -- DOSM

KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Jumlah dagangan Sabah berada pada paras RM105.5 bilion pada 2025 kekal di atas paras RM100 bilion untuk tahun keempat berturut-turut di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dijangka Dilancarkan Pada Akhir Tahun - RHB IB

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dijangka melancarkan Pelan Tindakan Pelaburan dan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada akhir tahun ini, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Niaga Hadapan Serantau Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan niaga hadapan getah serantau yang lemah dalam keadaan harga minyak mentah menurun mendadak dan jangkaan pengeluaran getah asli global yang tinggi, kata peniaga.

Tenaga Nasional Amat Komited Terhadap Kedaulatan Tenaga - Pengarah Urusan TNB Genco

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd amat komited terhadap kedaulatan tenaga dengan memperkukuh daya tahan, melindungi keselamatan tenaga dan mempercepat pertumbuhan mampan.

MPOB Lantik Badrul Hisham Mohd Sebagai Ketua Pengarah Baharu Berkuat Kuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumkan pelantikan Datuk Badrul Hisham Mohd sebagai Ketua Pengarahnya berkuat kuasa 3 Ogos 2026, berikutan persaraan Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir.