17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Institut Bank-Bank Bertauliah Asia (AICB) dan Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (CONG) menggesa perkongsian risikan yang lebih kukuh, penggunaan teknologi secara bertanggungjawab serta kerjasama lebih erat merentas ekosistem kewangan bagi menangani jenayah kewangan.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jumaat ini, jam 3.30 petang.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Sektor kewangan berjaya menghalang cubaan transaksi penipuan bernilai kira-kira RM1.9 bilion pada separuh pertama 2026, melebihi daripada jumlah RM1.2 bilion yang disekat sepanjang 2025.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Industri perbankan dan PayNet akan memperkenalkan keupayaan amaran penipuan meliputi seluruh industri, dengan ujian rintis melibatkan bank-bank terpilih disasarkan pada separuh pertama 2027.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum positif Wall Street semalaman, memandangkan harga minyak yang terkawal susulan pemulihan eksport minyak mentah dari Asia Barat, mengimbangi trend penjualan berterusan dalam pasaran bon Perbendaharaan AS.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Grand Prix Bahrain di Malaysia membantu merangsang aktiviti pelancongan dan perkhidmatan pada suku keempat, namun impak kewangan keseluruhannya akan menjadi faktor penting dalam menilai daya maju ekonomi penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) secara tetap di negara ini.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Konglomerat IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengumumkan pelantikan Datuk Johan Idris sebagai pengarah bebas bukan eksekutif dan pengerusi syarikat itu.
18hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan meningkat berbanding sebahagian besar mata wang ASEAN, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam Perancis selepas pasaran bonnya mencatat jualan ketara, minggu lepas.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kelewatan memuktamadkan beberapa kontrak pelengkap Kapal Tempur Pesisir (LCS) mengakibatkan risiko kelewatan proses pembinaan LCS1 hingga LCS5, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Nisbah hutang statutori kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas pada kadar 63.9 peratus, masih berada di bawah had hutang statutori iaitu 65 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Implikasi daripada konflik di Asia Barat yang mengganggu bekalan komoditi global dan laluan perdagangan strategik ke atas kestabilan kewangan Malaysia masih terkawal, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mencatatkan jumlah sebanyak RM397.85 bilion setakat 31 Disember, 2025, tidak melebihi siling peruntukan diluluskan sebanyak RM415 billion.