8hari ago
JOHOR BAHRU, 15 Okt (Bernama) -- Dua perjanjian perdagangan dan kerjasama perniagaan bernilai keseluruhan lebih US$234,000 (kira-kira RM984,000) dimeterai antara pihak perniagaan Malaysia dan Indonesia bagi membuka peluang pasaran serta pelaburan baharu di kedua-dua negara.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- CelcomDigi Bhd dan Maxis Bhd menerima penganugerahan spektrum daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.
8hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS yang semakin menyusut pada Khamis berikutan pelabur menilai keadaan pasaran menjelang pengumuman anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 esok.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Konglomerat milik kerajaan negeri Selangor, Worldwide Holdings Bhd sedang membuat persiapan membangunkan loji tenaga nuklear pertama Malaysia, dengan menyasarkan untuk bersedia membuat keputusan pelaburan muktamad (FID) menjelang 2031.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Nexgram Holdings Bhd mengumumkan Henry Cheang Soon Siang sebagai pemegang saham utama selepas mengambil alih 55.97 juta saham biasa, menjadikan jumlah pegangannya sebanyak 65.97 juta saham, mewakili 6.75 peratus daripada keseluruhan saham mengundi terbitan syarikat itu.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) bekerjasama menerusi inisiatif ‘Global Markets Unlocked Workshop’ bagi melengkapkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan halal yang bersedia mengeksport, dengan peralatan, rangkaian perniagaan dan maklumat yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kebergantungan global terhadap tenaga import diunjur mencapai kemuncak menjelang 2034, apabila kebimbangan mengenai keselamatan tenaga memacu peralihan ke arah elektrifikasi, di tengah-tengah peningkatan gangguan terhadap bekalan bahan api global.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh piawaian dan akreditasi sebagai pemacu strategik daya saing ekonomi, keyakinan industri dan akses ke pasaran global, menurut Jabatan Standard Malaysia (JSM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027 adalah sebahagian daripada peruntukan pembangunan RM430 bilion bagi tempoh lima tahun melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 untuk memperluas kapasiti produktif dan memacu pertumbuhan ekonomi bernilai lebih tinggi, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
8hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut hari ini, dengan SMR 20 mencatatkan penurunan mendadak selaras dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah.