BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Kerajaan setuju penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar, boleh dibeli di 216 Pasar Tani atau TAMU di bawah FAMA seluruh negara | Belanjawan 2027: Kerajaan tingkatkan lebih banyak penglibatan kedai runcit kecil, setakat ini rakan niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi | Belanjawan 2027: Penerima STR berumur 18 tahun ke atas akan terima SARA MADANI RM100 dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena 70 Tahun Merdeka, manfaatkan sehingga 13 juta rakyat termasuk M40 | Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan - PM Anwar | Belanjawan 2027: Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,000 daripada RM9,000, kali terakhir disemak 2010 | 

Terdapat 512 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Saham Maxis Naik 2.16 Peratus Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR,17 Ogos (Bernama) -- Harga saham Maxis Bhd meningkat 2.16 peratus pada dagangan awal hari ini selepas syarikat itu mengumumkan keuntungan bersih suku kedua 2026 yang lebih kukuh baru-baru ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan dalam sesi dagangan sebelumnya.

IHH Healthcare Sasar Tambah Bilangan Katil Hospital Di India Kepada 10,000 Menjelang 2031

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Penyedia penjagaan kesihatan swasta IHH Healthcare Bhd (IHH) merancang untuk menggandakan bilangan katil hospital dalam operasinya di India kepada kira-kira 10,000 menjelang 2031 berbanding sekitar 6,100 ketika ini, yang dianggarkan melibatkan pelaburan kira-kira US$250,000 (US$1=RM4.08) bagi setiap katil.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan, bergerak antara paras 1,740-1,750 mata.

Anak Syarikat Resintech Peroleh Kemudahan Pembiayaan RM41 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Johan Panglima (M) Sdn Bhd, anak syarikat Resintech Bhd dengan kepentingan 55 peratus, berjaya memperoleh kemudahan pembiayaan berjangka Komoditi Murabahah berjumlah RM41 juta daripada Alliance Islamic Bank Bhd.

 

Kerjaya Prospek Peroleh Tambahan 19.18 Peratus Kepentingan Dalam ES Sunlogy

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh tambahan 19.18 peratus kepentingan dalam ES Sunlogy Bhd yang disenaraikan di Pasaran ACE pada harga RM40.18 juta secara tunai, mengukuhkan lagi kedudukannya dalam sektor tenaga boleh baharu serta kejuruteraan mekanikal dan elekrikal.

PKNS, Hextar Bangun Perbandaran Bernilai RM3.8 Bilion Di Siera Alam

SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd melalui subsidiari tidak langsung 70 peratus miliknya, Hextar Landmark Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan perbandaran guna campur bersepadu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM3.8 bilion di Siera Alam, Shah Alam.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Minat Belian Sektor Terpilih Meningkat Susulan KDNK Suku Kedua 6.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, walaupun sektor utiliti, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan menyaksikan minat belian yang tinggi susulan pengumuman pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia pada 6.0 peratus.

Hextar Global, PKNS Bekerjasama Bangun Perbandaran Di Siera Alam

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd Dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama untuk membangunkan tanah berkeluasan  97.28 hektar di Siera Alam, Shah Alam menjadi sebuah pembangunan guna campur bersepadu.

Untung Bersih Maxis Naik Kepada RM436 Juta Pada Suku Kedua 2026, Umum Dividen Empat Sen

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan keuntungan bersih lebih kukuh sebanyak RM436 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026), berbanding RM398 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. 

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ketika pasaran mencerna data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua yang menunjukkan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus.

Saham AirAsia Group Naik Dua Peratus Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Harga saham AirAsia Group Bhd meningkat dua peratus pada dagangan awal Jumaat meskipun syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih bagi suku kedua 2026 dalam keputusan kewangan syarikat itu yang diumumkan semalam.