5jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- BYD Malaysia menyasarkan suku pertama 2027 untuk melancarkan unit pertama trak pikap BYD Shark 6, dipasang secara tempatan, model itu merupakan model pertama dipilih untuk operasi pemasangan tempatan syarikat tersebut di negara ini.
6jam ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 26 Nov (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) menyasarkan eksport halal negara mencecah RM70 bilion menjelang 2027 iaitu peningkatan daripada sasaran RM69 bilion bagi 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Hanisofian Alias.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) hingga suku pertama 2027 bagi memastikan tarif keseluruhan ke atas barangan Malaysia tidak melebihi 19 peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks penanda aras meningkat 1.20 peratus, didorong oleh aktiviti belian dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan serta sektor produk dan perkhidmatan pengguna.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis walaupun prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur menjelang cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (AS) hari ini.
11jam ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berada pada landasan pertumbuhan yang tepat susulan pelaksanaan agenda dan strategi di bawah kerangka Ekonomi MADANI.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Bhd, muncul sebagai badan pensijilan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang mendapat akreditasi bagi standard AS9110, iaitu Sistem Pengurusan Kualiti - Keperluan bagi Organisasi Penyelenggaraan Penerbangan.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap kemampanan pertumbuhan pesat sektor kecerdasan buatan (AI), mendorong permintaan terhadap aset selamat.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti langkah bagi menangani penjualan produk import tanpa pensijilan melalui platform e-dagang, termasuk kemungkinan tindakan terhadap platform yang gagal memastikan pematuhan standard kualiti.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak 374 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat peringkat pertengahan tempatan merentasi pelbagai sektor industri menerima manfaat daripada pelaksanaan projek di bawah Dana Pembangunan Industri Baharu (NIDF) setakat Oktober 2026.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak 2,296 syarikat tempatan telah dibantu dalam program promosi eksport kerajaan yang menjana jualan eksport bernilai RM29.89 bilion setakat Ogos 2026, iaitu jualan sebenar sebanyak RM2.04 bilion dan jualan potensi sebanyak RM27.85 bilion.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Syarikat pengurusan rantaian bekalan global yang berpangkalan di Amerika Syarikat, HAVI Group, LP (HAVI) mengukuhkan lagi operasinya di Malaysia dengan pelancaran hab teknologi pertamanya di Asia, HAVI TechHUB Kuala Lumpur.