22jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa kontraktor berstatus dorman supaya mengemas kini maklumat dan status pendaftaran masing-masing dalam Sistem Pengurusan Industri Pembinaan (CIMS) CIDB sebelum 29 November ini bagi mengelak implikasi terhadap pendaftaran syarikat.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan semua pembida bagi Boustead Plantations Bhd (BPlant) adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat Bumiputera, selaras dengan garis panduan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
23jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor menyasarkan untuk memastikan perkongsian global merentasi semua sektor diterjemahkan kepada peluang bagi membangunkan bakat tempatan serta memperkukuh perniagaan Malaysia, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
1hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, susulan tekanan daripada penurunan harga minyak sayuran di pasaran Dalian dan minyak kacang soya, menurut seorang peniaga.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang menyiasat aduan yang mendakwa berlakunya pencampuran minyak masak diimport dengan bekalan tempatan, serta pelabelan semula produk untuk dieksport sebagai produk Malaysia.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia menyusut tujuh peratus kepada 70,519 unit pada Oktober 2026 berbanding 75,991 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd (Sunway Healthcare) meningkat kepada RM95.17 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 September 2026 (S3 TK2026) daripada RM59.69 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB), mencatat peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM630.54 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026, daripada RM444.22 juta pada tahun sebelumnya.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Big Caring Group Bhd mengunjurkan rancangan pengambilalihannya akan memacu pertumbuhan dua digit bagi syarikat farmaseutikal berkenaan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Sebanyak 1,703 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah didaftarkan dengan 654 projek selesai dilaksanakan serta penjimatan kos pematuhan berjumlah RM3.71 bilion, setakat 30 Okt 2026.