Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian "rci"

Entiti Eksport Baharu Indonesia Dijangka Beri Impak Kecil Terhadap Ekonomi -- RHB IB

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 23 Julai (Bernama) -- Entiti eksport Indonesia yang baharu diwujudkan, Danantara Sumberdaya Indonesia (DSI) dijangka memberi impak terhad terhadap pasaran ekonomi dan eksport komoditi negara itu, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap perubahan besar ke atas eksport komoditi yang strategik.

Kenanga IB, CGSI Jangka Jualan Automotif Kekal Berdaya Tahan, Berikutan Permintaan EV, Hibrid

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Jualan automotif Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada separuh kedua 2026 (S2 2026), disokong oleh pelancaran model kenderaan elektrik (EV) bercirikan tempatan dan permintaan lebih kukuh bagi kenderaan hibrid, selain didorong oleh peningkatan pilihan pengguna terhadap kenderaan tenaga baharu.

Reformasi, Dasar Kerajaan MADANI Pacu Pertumbuhan KDNK 5.8 Peratus - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Reformasi serta dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lepas telah memperkukuh asas ekonomi negara dan membolehkan Malaysia mengharungi gelora dengan lebih yakin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Paragon Globe Beli Tanah Di Kulai Pada Harga RM127.3 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah yang disenaraikan di Pasaran Utama, Paragon Globe Bhd (PGB) telah bercadang untuk mengambil alih kepentingan benefisial tidak terbahagi bernilai RM127.28 juta secara tunai ke atas kawasan seluas kira-kira 8.52 juta kaki persegi di dalam tanah geran induk (master land) pegangan bebas seluas 103.89 hektar di Kulai, Johor.

microLEAP, CASB, HDC Lancar Inisiatif Bagi Tingkatkan Akses PKS Kepada Pembiayaan Kontrak Kerajaan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kontraktor kecil yang terlibat dalam perolehan kerajaan menerusi sistem ePerolehan bakal mendapat manfaat daripada akses yang lebih luas kepada pembiayaan, latihan dan sokongan perniagaan.

Maybank Tingkat Sasaran Pembiayaan Mampan Sekitar ASEAN Kepada US$73 Bilion Menjelang 2030

JAKARTA, 30 Jun (Bernama) -- Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) komited untuk menggerakkan sejumlah US$73 bilion (US$1 = RM4.06) dalam bentuk pembiayaan mampan di serata ASEAN menjelang 2030.

ASEAN, Rusia Perlu Perkukuh Kerjasama Keselamatan, Ekonomi, Rakyat: Marcos

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- ASEAN dan Rusia perlu memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan, perdagangan, pelaburan dan hubungan antara rakyat ketika kedua-dua pihak melakar fasa seterusnya dalam perkongsian strategik mereka, kata Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. pada Khamis.

BDB Land Bangunkan Pusat Komersial Baharu Di Jitra Dengan GDV RM41.5 Juta

ALOR SETAR, 18 Jun (Bernama) -- BDB Land Sdn Bhd (BDB Land), anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) akan membangunkan pusat komersial baharu iaitu Darulaman Commercial District (DCD) di Bandar Darulaman, Jitra dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM41.5 juta.