BERITA TERKINI   Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dihantar kepada PM Anwar semalam, berkuatkuasa pada tarikh Najib keluar dari penjara - Loke | Kementerian Komunikasi perkukuh kerjasama dengan kementerian lain perluas penyampaian maklumat inisiatif kerajaan kepada rakyat - Fahmi  | Mesyuarat MKI hari ini ucap takziah kepada Tun Dr Mahathir, ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah | Bangsa dan ummah perlu dididik bahawa keberanian bukan sekadar berani bersuara tetapi juga kesediaan mendengar - Sultan Nazrin Shah | Pelabuhan Klang kekal sebagai pelabuhan kontena ke-10 paling sibuk di dunia dalam ranking Lloyd’s List One Hundred Container Ports 2026, Pelabuhan Johor pada tempat ke-11 - Loke | 

Terdapat 31 berita berdasarkan kata kunci carian "mbsb investment bank"

Utiliti, Pengangkutan, Penjagaan Kesihatan Catat Aliran Masuk Bersih RM230.2 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Sektor utiliti, pengangkutan dan logistik, serta penjagaan kesihatan menarik jumlah keseluruhan aliran masuk bersih asing sebanyak RM230.2 juta ke Bursa Malaysia pada minggu lalu, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Saham Maxis Naik 2.16 Peratus Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR,17 Ogos (Bernama) -- Harga saham Maxis Bhd meningkat 2.16 peratus pada dagangan awal hari ini selepas syarikat itu mengumumkan keuntungan bersih suku kedua 2026 yang lebih kukuh baru-baru ini.

Sektor Pengangkutan, Telekomunikasi Dan Tenaga Catat Aliran Masuk Bersih RM158.4 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Sektor pengangkutan dan logistik, telekomunikasi dan media serta tenaga merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM158.4 juta ke Bursa Malaysia pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bank Pelaburan Kekal Positif, Unjur KDNK 2026 Malaysia 4.8-5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bank-bank pelaburan kekal positif terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan menjangkakan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang dalam julat 4.8 hingga 5.4 peratus.

MBSB IB Jangka Ekonomi Malaysia Berkembang 5.9 Peratus Tahun Ke Tahun Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, tinggi sedikit daripada anggaran awal sebanyak 5.8 peratus.

MBSB IB Tingkat Jangkaan Pertumbuhan IPI 2026 Kepada 4.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) telah menyemak unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) 2026 lebih tinggi kepada 4.0 peratus berbanding 3.4 peratus yang dibuat pada 2025 selepas prestasi pengeluaran mengukuh daripada jangkaan pada separuh pertama 2026.

Institusi Tempatan Teruskan Pembelian Bersih Dua Minggu Berturut-Turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM451.1 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Ringgit Diunjur Purata RM4.01 Berbanding Dolar AS, RM4.03 Menjelang Akhir 2026

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Mata wang ringgit diunjur mencecah paras purata pada RM4.01 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2026 dan berpotensi menyusut kepada RM4.03 menjelang akhir tahun ini.

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Melebihi 5.0 Peratus Pada 2026 - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan kembali mencatatkan pertumbuhan melebihi 5.0 peratus tahun ini, disokong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan domestik yang berdaya tahan, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Pelabur Asing Kembali Catat Belian Bersih Dengan Aliran Masuk Bersih RM11.1 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih selepas mencatatkan jualan bersih pada minggu sebelumnya, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM11.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Peruncit Tempatan Kembali Catat Belian Bersih Dengan Aliran Masuk RM223.1 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Peruncit tempatan kembali mencatatkan belian bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas merekodkan jualan selama seminggu, membawa kepada aliran masuk bersih sebanyak RM223.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Eksport Malaysia Diunjur Berkembang Pesat Pada 2026, Dipacu Permintaan Kukuh

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada sebanyak 21.7 peratus daripada 15.3 peratus sebelum ini, dipacu prestasi eksport 2026 setakat ini yang lebih kukuh berbanding jangkaan, apabila berkembang 27.5 peratus.