Terdapat 1019 berita berdasarkan kata kunci carian "lkan"

Perbelanjaan Pembangunan RMK12 Catat RM397.85 Bilion Setakat 31 Disember 2025 - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mencatatkan jumlah sebanyak RM397.85 bilion setakat 31 Disember, 2025, tidak melebihi siling peruntukan diluluskan sebanyak RM415 billion.

RM514.85 Bil Hutang Persekutuan Matang Dalam 1-5 Tahun - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sejumlah RM514.855 bilion atau 39 peratus daripada keseluruhan RM1,320.776 bilion hutang Persekutuan akan matang dalam tempoh satu hingga lima tahun berdasarkan kedudukan pada 31 Dis, 2025, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

BMI Tingkat Unjuran Purata Tahunan Brent 2026 Kepada US$93 Setong

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- BMI telah meningkatkan unjurannya untuk niaga hadapan minyak mentah Brent kepada US$93 setong berbanding US$83 setong untuk purata tahunan 2026 dan kepada US$81 setong daripada US$71 setong pada 2027.

Belanjawan 2027 Bakal Tetap Hala Tuju Dasar Perumahan Negara - Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sebagai belanjawan pertama sejak pelancaran Dasar Perumahan Negara dalam tempoh 10 tahun lepas, Belanjawan 2027 dilihat berperanan penting dalam meningkatkan penawaran perumahan secara ketara selain menangani cabaran berterusan yang dihadapi pasaran perumahan Malaysia.

Belanjawan 2027 Dijangka Terus Sokong Sektor Teknologi - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka meneruskan langkah bersasar dalam pembiayaan, insentif, pembangunan ekosistem dan bakat bagi memperkukuh sektor teknologi, menurut Apex Securities Bhd.

AMRO Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2026 & 2027 Malaysia, Didorong Pelaburan Pesat AI

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 5 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.1 peratus pada 2026 daripada 4.9 peratus sebelumnya, dan kepada 4.8 peratus pada 2027 daripada 4.7 peratus, didorong oleh eksport dan pelaburan kukuh dalam kecerdasan buatan (AI).

E-Jamin Beroperasi Lima Tahun Tanpa Kontrak, RM130.8 Juta Wang Jaminan Dilabur - PAC

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sistem e-Jamin, sebuah perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), telah beroperasi selama lima tahun sejak 2020 tanpa kontrak rasmi dengan Kerajaan Persekutuan.

Nisbah Defisit Kerajaan Persekutuan Menurun Kepada 3.7 Peratus Pada 2025 - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada 2025 bertambah baik dengan penurunan defisit sebanyak RM3.878 bilion, menjadikan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun kepada 3.7 peratus berbanding 4.1 peratus pada 2024.

LKAN Kesan Kekosongan Perjawatan Home Based Staff Di KBM Jakarta, Beijing Belum Diisi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mendapati beberapa perjawatan di Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Jakarta, Indonesia dan Beijing, China masih belum diisi mengikut waran perjawatan diluluskan, selain kelemahan dalam pelaksanaan pemeriksaan mengejut di KBM Beijing.

HDC Lantik Hanisofian Alias Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) melantik Hanisofian Alias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Okt, 2026, selepas beliau berkhidmat sebagai CEO interim sejak Januari tahun ini.

Kerajaan Kutip Hanya RM465 Juta Tunggakan Pinjaman Pada 2025 - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan merekodkan kadar bayaran balik tunggakan pinjaman yang rendah pada 2025, dengan hanya RM465.0 juta atau lima peratus daripada RM9.27 bilion tunggakan tahun sebelumnya berjaya diperoleh.

Dividen Pelaburan Kerajaan Persekutuan Meningkat Kepada RM39.547 Bilion Pada 2025 - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menerima dividen pelaburan berjumlah RM39.547 bilion pada 2025, meningkat sebanyak RM535 juta atau 1.4 peratus berbanding RM39.012 bilion pada 2024.