BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

Belanjawan 2027 Dijangka Terus Sokong Sektor Teknologi - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka meneruskan langkah bersasar dalam pembiayaan, insentif, pembangunan ekosistem dan bakat bagi memperkukuh sektor teknologi, menurut Apex Securities Bhd.

Belanjawan MADANI kelima dan yang kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) dijadual dibentangkan pada 9 Okt oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam nota hari ini, firma broker saham itu memaklumkan Belanjawan 2027 berpotensi menjadi pemangkin tambahan kepada sektor teknologi, dengan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) menyediakan kerangka dasar, manakala pelaburan berterusan dalam kecerdasan buatan dan pusat data terus memacu permintaan asas.

Ad Banner

Menurutnya, Belanjawan 2025 memperkenalkan dana strategik elektrik dan elektronik bernilai RM1 bilion serta memperluas insentif cukai eksport kepada reka bentuk litar bersepadu, manakala Belanjawan 2026 memperkenalkan SemiconStart dan kerjasama ekosistem bernilai RM550 juta melibatkan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

“Kami tidak menjangkakan Belanjawan 2027 menetapkan satu jumlah keseluruhan khusus untuk Fasa 2 atau Fasa 3 NSS.

“Sebaliknya, pendekatan yang lebih berkemungkinan adalah meneruskan langkah bersasar merangkumi pembiayaan, insentif, pembangunan ekosistem dan bakat,” menurutnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sehubungan itu, Apex Securities memaklumkan tumpuan utama adalah pada saiz dan skop langkah tambahan yang diumumkan.

-- BERNAMA