16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memperuntuk dan menyalurkan sebanyak RM20.3 bilion di dalam negara pada 2025 menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP), yang melangkah ke tahun ketiganya.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, iaitu WCT Land Sdn Bhd (WCTL) mengambil alih baki 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Jelas Puri Sdn Bhd (Jelas Puri) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan harga RM140 juta.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Usaha memperluas komponen indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melebihi 30 syarikat konstituen sedia ada dijangka dapat mengurangkan kebergantungan indeks penanda aras itu terhadap sektor perbankan, kata Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Mohamad Hafiz Kassim.
26hari ago
Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia berpotensi menarik lebih banyak aliran masuk pelaburan pasif susulan peralihan global ke arah strategi pelaburan itu, sekiranya pelaksanaan dasar dan reformasi diteruskan secara konsisten, menurut peserta Simposium Sasana 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil baru-baru ini, membincangkan peluang kerjasama strategik yang lebih erat dalam memperkasakan literasi kewangan dan persaraan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memindahkan sebanyak RM14.5 bilion baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menyambut baik saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta akan terus memperkukuh ekosistem lapangan terbang negara ini.