BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di Johor dibuka secara berfasa bermula esok, fasa pertama libatkan murid duduki peperiksaan- Exco | 

Terdapat 80 berita berdasarkan kata kunci carian "johor"

Inflasi Malaysia Meningkat 1.8 Peratus Pada September 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada September 2026 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata indeks meningkat kepada 137.6 daripada 135.2 (September 2025), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Marrybrown Sasar Buka 30 Cawangan Baharu Di Malaysia Tahun Hadapan

Oleh Hasnah Jusid

JOHOR BAHRU, 17 Okt (Bernama) -- Rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown menyasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas operasi dan memperkukuh kedudukannya dalam industri makanan segera.

Perbelanjaan Pembangunan RM83 Bilion Mampu Cipta Pekerjaan, Aktiviti Perniagaan - RHB IB

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan sebanyak RM83 bilion yang dirancang oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2027 berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan, menyokong perniagaan kecil, mengukuhkan permintaan merentasi sektor-sektor utama, serta menjana manfaat yang lebih luas untuk rakyat Malaysia, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Belanjawan 2027: Perbelanjaan Pembangunan RM83 Bilion Pacu Pertumbuhan, Infrastruktur

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027 memberi peluang untuk Malaysia memperkukuh asas ekonomi negara, memperluas peluang perniagaan dan menyokong pertumbuhan mampan, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).

MITI Perluas Pasaran, Perkukuh Prestasi Eksport Malaysia Melalui Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperluaskan pasaran eksport Malaysia serta memperkukuh prestasi eksport negara menerusi inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2027.

19 Projek Pelaburan Domestik Bernilai RM279.1 Juta Diluluskan Di Segamat

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 19 projek pelaburan domestik bernilai RM279.1 juta diluluskan di Daerah Segamat, Johor, meliputi kawasan Buluh Kasap, Chaah, Jementah, Bandar Segamat dan Labis.

Sejumlah 13,743 Tan Metrik Buangan Bateri Dihasilkan Dari 2021 Hingga 2025

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 13,743.15 tan metrik buangan bateri di bawah kod buangan terjadual SW103 dihasilkan di seluruh negara bagi tempoh 2021 hingga 2025, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Malaysia-Indonesia Meterai Dua Perjanjian Perniagaan Bernilai Lebih US$234,000

JOHOR BAHRU, 15 Okt (Bernama) -- Dua perjanjian perdagangan dan kerjasama perniagaan bernilai keseluruhan lebih US$234,000 (kira-kira RM984,000) dimeterai antara pihak perniagaan Malaysia dan Indonesia bagi membuka peluang pasaran serta pelaburan baharu di kedua-dua negara.

Selangor Rekod 88 Peratus Kadar Pelaksanaan Bagi Projek Pembuatan Diluluskan

KUALA LUMPUR 15 Okt (Bernama) --  Hampir 88 peratus projek pembuatan yang diluluskan di Selangor antara 2021 hingga Jun 2026 telah mula dilaksanakan daripada peringkat pembinaan hinggalah kepada pengeluaran, setakat 13 Oktober 2026, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sebanyak 27 Projek Pusat Data Diluluskan DCTF, Anggaran Pelaburan RM225.97 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sebanyak 27 projek pusat data dengan anggaran nilai pelaburan RM225.97 bilion telah diluluskan di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) sehingga Julai 2026, menurut Kementerian Digital.

Syor Salur Modal Menerusi PTFC, Perkukuh Disiplin Fiskal Antara Isu Bahas Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan beberapa saranan diketengahkan, termasuk berkaitan peruntukan dana teknologi dan semikonduktor selain usaha memperkukuh disiplin fiskal negara.

KL20: Malaysia Sasar Pelaburan Modal Teroka RM700 Juta Menjelang 2030 -- Akmal Nasrullah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan nilai pelaburan kalangan pelabur modal teroka mencecah sekitar RM700 juta selain pertambahan kira-kira 2,000 hingga 3,500 syarikat pemula aktif menjelang 2030 menerusi pelaksanaan inisiatif KL20.