Terdapat 38 berita berdasarkan kata kunci carian "allianz malaysia"

Bursa Malaysia Kekal Mendatar Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal mendatar pada tengah hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati dalam musim pelaporan prestasi kewangan dengan memantau pencapaian pendapatan, trend kualiti aset dan prospek korporat.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Permintaan Domestik Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan musim pelaporan pendapatan yang menyebabkan pelabur lebih memilih dalam membuat pelaburan, kata penganalisis.

Untung Bersih Allianz Malaysia Naik Kepada RM218.65 Juta Suku Kedua Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Allianz Malaysia Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM218.65 juta daripada RM214.04 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Penurunan Hasil Bon AS Pacu Minat Risiko Pelabur

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis berikutan penyusutan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan minat pelabur untuk mengambil risiko susulan pengumuman Perbendaharaan AS mengenai peningkatan operasi pembelian balik bon, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Pemulihan Wall Street Semalaman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif pasaran serantau susulan pemulihan Wall Street semalaman. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung Dalam Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan pada sesi sebelumnya dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong pembelian saham semasa harga rendah berikutan penurunan semalam dan minat belian terhadap saham berwajaran tinggi walaupun sentimen berhati-hati timbil akibat prestasi lemah Wall Street.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Pada Harga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong aktiviti belian saham pada harga rendah selepas mengalami penurunan baru-baru ini, meskipun prestasi Wall Street yang lemah memberi petunjuk sebaliknya.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Berikutan Pelabur Tidak Memasuki Pasaran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin apabila para pelabur kebanyakannya tidak memasuki pasaran serta mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan perkembangan geopolitik.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Ditutup Minggu Ini Dengan Prestasi Perlahan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan prestasi perlahan dipengaruhi aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan pasaran baru-baru ini, seiring dengan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Belian Saham Mewah

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat apabila pelabur terus mengumpul pegangan saham mewah sejajar dengan prestasi lebih kukuh di kebanyakan pasaran serantau.