24hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 tahun ini disasarkan menjana potensi perniagaan melebihi RM5 bilion selain memperluas akses produk halal Malaysia ke pasaran antarabangsa.
28hari ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Sept (Bernama) -- Sunway Healthcare Group (SHG) hari ini mengadakan majlis pecah tanah Pusat Perubatan Sunway Iskandar Puteri (SMCIP), iaitu hospital pertamanya di selatan Malaysia, yang melibatkan jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM800 juta.
28hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Seramai 80 usahawan wanita termasuk 20 dari luar negara akan membuka reruai di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2026) menerusi Inisiatif Women in Export (WiEX) yang diperkenalkan buat julung kali sebagai komponen teras strategik pameran itu.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Affin Bank Bhd bekerjasama dengan ahli kumpulan Bank Dunia iaitu Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) bagi memperluas akses pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh Malaysia.
29hari ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Amden Capital Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembiayaan penjagaan kesihatan dan pelancongan kesejahteraan, melihat potensi besar Korea Selatan untuk menjadi destinasi utama bagi rakyat Malaysia dan pesakit antarabangsa yang mendapatkan rawatan perubatan khusus, terutama dalam bidang yang mempunyai kepakaran pakar, teknologi canggih dan pengalaman luas dalam prosedur perubatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Penyertaan golongan wanita dalam barisan kepimpinan kanan sektor perniagaan dan kerajaan kini berada pada tahap yang jauh lebih tinggi berbanding 2006, namun golongan ini masih kurang memegang jawatan yang paling berpengaruh dalam ekonomi dan politik, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Insurans kaptif semakin mendapat pengiktirafan sebagai penyelesaian pembiayaan risiko yang strategik berikutan perniagaan berusaha memperkukuh daya tahan, meningkatkan kawalan terhadap pembiayaan risiko serta menangani risiko baharu, menurut Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd (Labuan IBFC).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat tempatan tanpa mengira saiz perlu segera melaksanakan automasi bertujuan memudahkan operasi dan pengeluaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada pekerja asing, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
SINGAPURA, 30 Ogos (Bernama) -- Rantau Asia tidak kekurangan bakat dan berkemahiran teknikal bagi dunia Formula Satu (F1) serta industri permotoran ini secara amnya, namun kekangan akses dan laluan kerjaya tidak jelas terus menjadi penghalang utama bagi profesional yang berminat di rantau ini.