Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor tenaga"

Perluas Peranan Petronas Di Turkmenistan Perkukuh Kedudukan Malaysia Dalam Landskap Tenaga Global - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kejayaan memperluas peranan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam sektor tenaga Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerjasama Di Turkmenistan Perkukuh Kedudukan Sektor Tenaga Malaysia Di Peringkat Global

ASHGABAT (TURKMENISTAN), 20 Jun (Bernama) -- Sejak 1996, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC(T)SB) telah beroperasi di Turkmenistan, sebuah negara Asia Tengah yang mempunyai antara rizab minyak dan gas terbesar dunia.

Malaysia, Turkmenistan Perkukuh Kerjasama Tenaga Sempena 30 Tahun Petronas Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Turkmenistan memperkukuh komitmen kedua-dua negara untuk memperluas kerjasama dalam sektor tenaga, dan pada masa sama mengiktiraf sumbangan positif Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam sektor itu sejak sekian lama.

30 Tahun Di Turkmenistan, Petronas Meterai Perjanjian Baharu Perkukuh Kerjasama Strategik

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

ASHGABAT (TURKMENISTAN), 20 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC(T)SB), hari ini meraikan tiga dekad kehadirannya di Turkmenistan melalui pemeteraian beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara itu.

Kerjasama Strategik Petronas, Pihak Berkuasa Turkmenistan Buka Lembaran Baharu Hubungan Ekonomi, Tenaga Kedua-dua Negara

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

ASHGABAT (TURKMENISTAN), 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara kedua-dua negara. 

Anwar, Putin Bincang Keterjaminan Bekalan Tenaga, Perdagangan Dalam Mata Wang Tempatan 

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi kedua-dua negara.

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.