Terdapat 263 berita berdasarkan kata kunci carian " rantaian bekalan"

‘Ayam Norliza’ Sasar Jadi Produk Muslim Nasional, Kini Proses 1.5 Juta Ayam Sebulan

PONTIAN, 24 Sept (Bernama) -- Bermula pada 1996 dengan hanya lima pekerja dan jualan 300 ekor ayam sehari, kini syarikat pemprosesan dan penternakan tempatan NB Group menerusi jenama 'Ayam Norliza' berkembang pesat dengan mencatatkan kapasiti pemprosesan sehingga 1.5 juta ekor ayam sebulan.

Brazil Lihat Malaysia Sebagai Pintu Masuk Strategik Bagi Teroka Pasaran Halal Asia

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Brazil melihat Malaysia sebagai pintu masuk strategik ke pasaran halal Asia yang lebih meluas berikutan faktor logistik, ketersambungan rantaian bekalan dan saiz pasarannya.

ADB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Bagi 2026, 2027

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan 2027 masing-masing kepada 4.9 peratus dan 4.7 peratus.

Sesi Meja Bulat Dengan 21 Firma Terkemuka China Sentuh Potensi AI, Robotik -- PM Anwar

SHANGHAI, 23 September (Bernama) -- Sesi perbincangan meja bulat delegasi Malaysia bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China di sini hari ini, menyentuh pelbagai sektor berimpak tinggi termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan robotik.

Prospek Ekonomi Global Dijangka Bertambah Baik, Namun Ketidakpastian Kekal - WEF

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Sebanyak 56 peratus ketua ekonomi yang ditinjau menjangkakan prospek ekonomi global kekal stabil atau bertambah baik, peningkatan ketara berbanding tinjauan pada Mei apabila 89 peratus menjangkakan keadaan ekonomi akan merosot, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF) dalam laporan terbaharunya, Chief Economists’ Outlook - September 2026.

Profesional Kewangan Perlu Suai Diri Dengan Cabaran Geopolitik, AI Dan Iklim - Liew

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Profesional kewangan mesti menyesuaikan diri dengan landskap global yang berubah dengan pantas selain dipengaruhi perubahan geopolitik, cabaran berkaitan iklim dan kelestarian, kecerdasan buatan (AI) serta kebimbangan yang semakin meningkat terhadap isu kepercayaan.

Kenanga IB: Belanjawan 2027 Harus Sokong Pertumbuhan, Kekalkan Konsolidasi Fiskal

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Majlis Rantaian Bekalan ASEAN Kini Struktur Kerja Tetap ASEAN-BAC

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Majlis Rantaian Bekalan ASEAN memasuki fasa baharu apabila beralih menjadi struktur kerja tetap di bawah Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).

MBSB IB Kekalkan Unjuran Inflasi Malaysia 2.0 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan Malaysia meningkat pada 2.0 peratus bagi 2026 daripada 1.4 peratus tahun lepas yang memaparkan inflasi terkawal walaupun terdapat risiko kenaikan yang berterusan.

Kenaikan Harga Arang Batu Beri Kesan Langsung Kepada Kos Jana Elektrik – Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga arang batu sehingga mencecah US$148 setan pada 10 Sept 2026 memberi kesan langsung kepada kos penjanaan elektrik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini.

Vertex Material Dinilai Pada US$7 Bilion, Sasar Penyenaraian Nasdaq Pada 2027

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Syarikat bahan termaju Malaysia, Vertex Material yang membangunkan bahan komposit berasaskan tembaga untuk aplikasi perindustrian, muncul sebagai syarikat unicorn (gergasi) baharu selepas mencapai penilaian kira-kira US$7 bilion (US$1=RM4.08).

Kekuatan Ekonomi, Demografi ASEAN Tarik Minat Lebih Banyak Pelabur Global - SC

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kekuatan asas ekonomi dan demografi ASEAN meletakkan rantau ini pada kedudukan yang mampu menarik minat lebih banyak pelabur antarabangsa, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini.