2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) menyambut baik mandat bernilai kira-kira RM2.8 bilion yang diterima melalui Belanjawan 2027 bagi memperkasa perusahaan Malaysia merentasi tujuh sektor keutamaan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menerajui peralihan ke arah penggunaan kewangan Islam yang lebih meluas untuk memacu pelaburan rentas sempadan, disokong oleh hubungan yang kukuh dengan pasaran sedang pesat membangun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan menerbitkan kertas strategi dan draf pendedahan berkaitan rangka kerja kontrak Syariah tahun ini.
3hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, Oct 19 (Bernama) -- Mesej Malaysia pada Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia di sini adalah jelas: ekonomi negara kini kembali rancak, disokong kestabilan politik, dasar jelas, serta pembaharuan berterusan yang mengukuhkan keyakinan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan global.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) menggesa pelaksanaan strategi menyeluruh di peringkat nasional bagi memupuk dan membangunkan perniagaan Malaysia sehingga mampu menjadi peneraju di peringkat serantau dan global.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) berjaya memuktamadkan kemudahan pembiayaan berjangka Islam bersindiket berjumlah RM5.2 bilion.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) akan bekerjasama dengan pemegang sahamnya yang terdiri daripada operator rangkaian mudah alih, pelanggan dan rakan teknologi bagi mempercepat penerimagunaan 5G serta membawa penyelesaian praktikal ke pasaran.
5hari ago
BUTTERWORTH, 17 Okt (Bernama) — Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang melaksanakan rangkaian 5G persendirian menggunakan spektrum khusus, satu pencapaian penting dalam transformasi digitalnya ke arah menjadi pelabuhan pintar.
5hari ago
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 17 Okt (Bernama) -- Rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown menyasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas operasi dan memperkukuh kedudukannya dalam industri makanan segera.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor 2026 (AiSEM@Selangor), merupakan salah satu komponen utama dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Smartsel Sdn Bhd dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor), akan meneroka cadangan Selangor Dark Fibre Network 2.0 yang bertujuan memanfaatkan koridor utiliti sedia ada bagi membangunkan rangkaian gentian optik berkapasiti tinggi.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kumpulan CapBay mencatatkan jumlah pembiayaan kumulatif melebihi RM6 bilion sejak 2016, dengan menerbitkan 45,000 nota pembiayaan kepada lebih daripada 2,700 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia merentasi 20 industri.