8hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menggesa kerajaan menangani dua keutamaan nasional yang semakin penting, iaitu kecerdasan buatan (AI) dan perkembangan pesat pusat data, selain pemodenan grid serta pendigitalan tenaga dalam Belanjawan 2027.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pengguna elektrik menerima rebat berjumlah RM3.1 bilion sejak mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) diperkenalkan pada 1 Julai, 2025 berbanding surcaj RM800 juta yang dikenakan dalam tempoh sama, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- YTL Power International Bhd, Ganda Power dan Siemens Energy memeterai perjanjian tempahan bagi empat lagi unit turbin gas SGT-9000HL.
11hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 14 Sept (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia pada Isnin memperkenalkan model serba baharu Mercedes-Benz CLA 200 AMG Line untuk pasaran Malaysia yang akan melibatkan pemasangan tempatan di Pekan, Pahang.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Berkuat kuasa 1 September 2026, Pelabuhan Bintulu secara rasminya menjadi pelabuhan negeri iaitu di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak, daripada kedudukan asalnya sebagai pelabuhan persekutuan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) – Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) telah menerima lebih daripada 40 permohonan untuk menubuhkan atau mengembangkan operasi pusat data di Malaysia tahun ini, mencerminkan minat pelaburan yang berterusan dalam industri infrastruktur digital negara.
13hari ago
Oleh Erma Idayu Mohd Yusop
GEORGE TOWN, 13 Sept (Bernama) -- Sebanyak 6,580 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berjaya meningkatkan skala perniagaan masing-masing setakat ini, sekali gus membuktikan intervensi kerajaan memberi impak nyata kepada golongan usahawan.
14hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan kini menjadi antara penyumbang utama kepada inflasi tuntutan perubatan di Malaysia, menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Mondelēz International merasmikan Crumb Tower bernilai RM90 juta yang kini siap sepenuhnya di kilang Cadbury Confectionery, Shah Alam, Selangor.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Insurans kaptif semakin mendapat pengiktirafan sebagai penyelesaian pembiayaan risiko yang strategik berikutan perniagaan berusaha memperkukuh daya tahan, meningkatkan kawalan terhadap pembiayaan risiko serta menangani risiko baharu, menurut Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd (Labuan IBFC).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan pembinaan SLGC Bhd menyasarkan untuk meraih RM29.4 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Okt ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan skor Pelaksanaan Berkesan (EI) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sekurang-kurangnya 90 peratus menjelang Disember 2028 di bawah Pelan Keselamatan Penerbangan Malaysia 2026-2028 yang dilancarkan hari ini.