Terdapat 102 berita berdasarkan kata kunci carian " jual"

PCEB Jalin Kerjasama Dengan Enam Institusi Bagi Perkasa Bakat Industri Acara Perniagaan

GEORGE TOWN, 21 Julai (Bernama) – Biro Konvensyen & Pameran Pulau Pinang (PCEB) hari ini memeterai perkongsian strategik dengan enam institusi pengajian tinggi bagi memperkukuh penyaluran bakat bagi industri acara perniagaan di Malaysia. 

BYD Sime Motors Lancar Cawangan BYD Certified Pertama Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- BYD Sime Motors hari ini melancarkan BYD Certified, program kenderaan terpakai yang diperakui secara rasmi oleh pengeluar kenderaan elektrik (EV) China itu, sekali gus menjadikannya penubuhan cawangan pertama BYD Certified di rantau Asia Pasifik. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada sektor tradisional seperti kaunter perbankan, pengguna dan perladangan.

Belian Asing Berterusan Di Bursa Malaysia, Aliran Masuk Lonjak Kepada RM612.3 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Institusi asing meneruskan belian bagi minggu kedua berturut-turut di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih mencecah RM612.3 juta iaitu melonjak lebih lapan kali berbanding aliran masuk RM75.3 juta pada minggu sebelumnya, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Malaysia Pada Kedudukan Baik Terajui Pertumbuhan EV ASEAN - BMI

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk menerajui pertumbuhan permintaan kenderaan elektrik (EV) di luar dua pasaran EV utama ASEAN iaitu Vietnam dan Thailand, disokong oleh asas-asas pengguna berpendapatan tinggi serta daya saing EV yang kian meningkat, menurut BMI.

TIV Automotif 2026 Malaysia Berada Pada 790,000 Unit - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah volum industri (TIV) untuk industri automotif Malaysia mencecah 790,000 unit pada tahun kalendar 2026.

88 Peratus Firma Jerman Yakin Iklim Perniagaan Malaysia Kekal Kondusif

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Sebanyak 88 peratus syarikat Jerman menilai keadaan perniagaan semasa mereka di Malaysia sebagai "baik" atau "memuaskan", mencerminkan keyakinan berterusan terhadap negara ini walaupun berdepan peningkatan tekanan geopolitik global.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Dana Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Diguna Lunas Hutang 1MDB, SRC - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan menegaskan bahawa penggunaan dana Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset dibuat selaras dengan Arahan Amanah yang diluluskan dan hanya bagi tujuan yang dibenarkan, termasuk menampung kos operasi serta melunaskan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Perbelanjaan Pengguna Singapura Di Johor Bahru Dijangka Naik S$1.05 Bilion Setahun, Selepas RTS Link Beroperasi 

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 16 Julai (Bernama) -- Kajian mendapati perbelanjaan pengguna dalam kalangan rakyat Singapura di Johor Bahru diunjurkan meningkat sebanyak S$1.05 bilion (S$1=RM3.15) setahun susulan pembukaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

Johor Sedia Hasil Robot Pembersihan AI Buatan Tempatan

KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.

SD Guthrie Jual Tanah Di Kuala Selangor Pada RM798.31 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- SD Guthrie Bhd memeterai dua perjanjian jual dan beli (SPA) bersyarat untuk menjual tanah pegangan bebas di Kuala Selangor pada harga RM798.31 juta.