4hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 50,000 pengunjung apabila memasuki hari ketiga dengan momentum memberangsangkan hari ini.
4hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) meminta kerajaan mengecualikan skim insurans pekerja berkelompok daripada cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus di bawah Belanjawan 2027.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) secara amnya kekal stabil dan mencatat pergerakan dalam julat kecil menjelang pengumuman data ekonomi penting pada minggu depan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Oversea-Chinese Banking Corporation Ltd (OCBC Bank) menjangkakan sedikit kelonggaran fiskal sebanyak 0.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Malaysia pada 2026, dengan unjuran defisit fiskal negara itu berada pada paras 3.6 peratus KDNK berbanding sasaran belanjawan sebanyak 3.5 peratus.
4hari ago
Daripada Harlina Samson
HANGZHOU, 25 Sept (Bernama) -- Lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou, China bukan sekadar kunjungan diplomatik rutin, sebaliknya menjadi penanda aras baharu kepada kesinambungan hubungan strategik yang memperkukuh kerjasama pelbagai bidang kedua-dua negara.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Jumaat, dalam pergerakan bercampur-campur dalam pasaran pertukaran asing global.
5hari ago
Daripada Harlina Samson
HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menawarkan pangkalan yang stabil, terhubung luas dan mesra perniagaan untuk rakan kongsi dari China mahupun global untuk memeterai kerjasama strategik.
5hari ago
KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah akan melaksanakan kedaulatan penuhnya ke atas pembangunan projek-projek karbon serta kutipan hasil negeri itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia merupakan antara enam ekonomi utama Asia Pasifik (APAC) yang dijangka mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar lebih pantas berbanding China pada 2026, menurut Moody’s Analytics.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembinaan rangkaian rel yang komprehensif dan meningkatkan kapasiti boleh baharu dalam skala utiliti boleh menjadi penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan pendedahan Malaysia kepada kejutan tenaga luar, menurut Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.