2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) berkata pelan pemulihan dan penstrukturan semula yang dilaksanakan pada 2018 merupakan langkah penyelamatan kewangan (bailout) yang perlu bagi mengelakkan institusi itu daripada berdepan insolvensi, di samping melindungi simpanan pendeposit dan memastikan kemampanan kewangan institusi berkenaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) tidak sepatutnya mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) tahunan sebanyak 4.50 peratus dan agihan keuntungan (hibah) haji 1.75 peratus yang menelan perbelanjaan sehingga RM2.75 bilion bagi tahun kewangan 2017, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada pada kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh berbanding prestasi 2018 hasil usaha pemulihan berterusan dan penstrukturan semula.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).