BERITA TERKINI   SUKMA 2026: Kontinjen Selangor sapu bersih dua emas menerusi acara bola keranjang 3x3 lelaki dan wanita | Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd di Australia, DT Infrastructure Pty Ltd peroleh dua kontrak EPC dengan nilai keseluruhan RM1.64 bilion | APMM akan terima tiga lagi helikopter AW189 pada Disember ini - Saifuddin Nasution | APMM dijangka terima sebuah kapal induk pada suku pertama tahun hadapan - Saifuddin Nasution | 

Terdapat 79 berita berdasarkan kata kunci carian " johor"

Eksport FIZ Cecah RM106.7 Bilion pada Separuh Pertama 2026 -- MITI

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport yang direkodkan di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) telah mencecah RM106.7 bilion bagi tempoh Januari sehingga Jun 2026, mencerminkan momentum pertumbuhan yang kekal kukuh.

GFM Services Peroleh Pesanan Pelepasan RM83.1 Juta Bagi Kerja Penyelenggaraan Loji Di PIC

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- GFM Services Bhd menerusi unit tenaganya memperoleh pesanan pelepasan tambahan berjumlah RM83.1 juta bagi pakej kerja penyelenggaraan loji utama di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor.

Sistem Percukaian Dunia Perlu Bergerak Seiring Dengan Landskap Ekonomi Digital - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sistem percukaian dunia perlu bergerak seiring dengan landskap ekonomi yang semakin cenderung ke arah pendigitalan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia Sedia Pacu Pertumbuhan Sektor Hartanah Susulan Peralihan Struktur Serantau --jll

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia kini muncul sebagai penerima manfaat utama daripada perubahan struktur di Asia Tenggara apabila rantau ini beralih daripada pemulihan kitaran ekonomi, menurut Jones Lang LaSalle IP Inc (JLL).

MITI Belum Terima Maklumat Rasmi Status Pelaburan BYD Di Tanjung Malim - Johari

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) belum menerima sebarang maklumat rasmi setakat ini sama ada pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD akan meneruskan pelaburan di Tanjung Malim, Perak atau mengambil langkah sebaliknya.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Hampir Tidak Berubah Daripada Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama lain dan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS).

AMS Advanced Material Peroleh Lesen Perniagaan Sisa Aluminium Di Johor

BUKIT MERTAJAM, 3 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh AMS Advanced Material Bhd, AMS Ecogreen Sdn Bhd memperoleh semua lesen yang diperlukan bagi memulakan perniagaan sisa besi aluminiumnya di Johor.

Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dijangka Dilancarkan Pada Akhir Tahun - RHB IB

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dijangka melancarkan Pelan Tindakan Pelaburan dan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada akhir tahun ini, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Unit Sunway Construction Raih Kontrak Pembangunan Pusat Data Di Johor Bernilai RM1.02 Bilion

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd (SunCon), Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB) telah menerima surat lantikan daripada sebuah syarikat teknologi multinasional beribu pejabat di Amerika Syarikat untuk kerja-kerja pemasangan mekanikal, elektrik dan paip untuk pembangunan pusat data di Johor bernilai RM1.02 bilion.

JDV Sasar 5.5 Juta Liter Susu, Perkukuh Keterjaminan Makanan Negara

Oleh Nur Faradilla Mohamad

MERSING, 1 Ogos (Bernama) -- Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) menyasarkan pengeluaran susu segar sebanyak 5.5 juta liter menjelang akhir tahun ini, didorong peningkatan bilangan lembu perahan serta kesiapsiagaan kemudahan pemprosesan yang dijangka beroperasi mengikut jadual.

Pelan Induk JS-SEZ Dijangka Dilancarkan Disember Ini - Akmal Nasrullah

BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.

PAAB Lengkapkan Terbitan Sukuk Biru RM720 Juta Bagi Infrastruktur Air

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melengkapkan penerbitan sukuk biru berjumlah RM720 juta menerusi Pengurusan Air SPV Bhd di bawah Program Kertas Komersial Islam RM2 bilion sedia ada.