1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Prestasi kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang lebih kukuh hari ini adalah hasil daripada reformasi institusi berkenaan yang telah dilaksanakan sejak proses penstrukturan semula, termasuk pelaksanaan 75 peratus daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata pakar ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd mencatatkan kerugian bersih yang lebih besar iaitu RM174.2 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 daripada RM173.08 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah acara M360 ASEAN 2026 pada 9 dan 10 September depan dijangka dapat mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam sektor telekomunikasi, kecerdasan buatan (AI) dan ketersambungan di rantau ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas pasaran meningkat semula baru-baru ini, dengan saham sektor telekomunikasi dan perindustrian mendahului penurunan itu, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Malaysia menawarkan antara persekitaran perniagaan paling kukuh di rantau ini, disokong oleh kerangka fiskal yang mantap, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur asing, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah tekanan jualan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) – Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh suku kedua 2026 diunjur berada pada tahap baik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Maybank Singapore Ltd hari ini mengumumkan penyertaannya dalam inisiatif Borderless, Liquid, Open, Online, Multi-Currency (BLOOM) oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang bertujuan memperkukuh infrastruktur pembayaran rentas sempadan dan perbankan transaksi generasi baharu bertaraf dunia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat peningkatan baru-baru ini, kata penganalisis.
2bulan ago
NILAI, 5 Ogos (Bernama) -- Syarikat penyedia penyelesaian penyejukan mampan dan penyingkiran haba BAC memulakan pembinaan kemudahan pembuatan baharunya di Nilai dengan pelaburan yang dirancang berjumlah US$150 juta (US$1 = RM4.09) bagi memperkukuh keupayaan pembuatan, kejuruteraan dan inovasi serantaunya, selain mewujudkan sehingga 200 pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2035.
2bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 5 Ogos (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia berkembang sebanyak 5.29 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua 2026 selepas dipacu oleh pembuatan di bahagian pengeluaran dan penggunaan isi rumah dari segi perbelanjaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada tengah hari dipacu minat belian baharu terhadap saham teknologi, sejajar prestasi kebanyakan pasaran serantau.