BERITA TERKINI   Kes kematian pelajar tingkatan dua disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan - Ketua Polis N. Sembilan | Seorang pelajar ditahan bantu siasatan kematian pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah semalam- Fadhlina | Gerakan penyatuan ummah perlu terus diusahakan agar perbezaan parti tak halang capai kesepakatan - TPM Ahmad Zahid | Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada 5.35 pagi tadi - MetMalaysia | 

Terdapat 705 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Bagi Sesi Kelima Berturut-turut

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikannya bagi sesi kelima berturut-turut, disokong oleh niaga hadapan minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade (CBOT).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Kelemahan Dolar AS, Kebimbangan Mengenai Hasil

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) serta usaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk mengekalkan hasil bon jangka panjang pada paras rendah.

Ringgit Akhiri Minggu Dagangan Dengan Kukuh, Kebimbangan Pasaran Bon AS Tekan Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu dagangan dengan kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun hasil Perbendaharaan AS menunjukkan peningkatan.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Banyak Berubah Susulan Kebimbangan Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak banyak berubah pada Jumaat, apabila pelabur kekal mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah tekanan baharu terhadap hasil bon global dan ketegangan geopolitik, kata seorang penganalisis.

Firma Penyelidikan Sambut Baik Pengembangan FBM KLCI Kepada 50 Konstituen

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Firma penyelidikan menyambut baik pengembangan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) daripada 30 kepada 50 konstituen dan percaya langkah itu akan menyediakan perwakilan pasaran yang lebih luas dan kepelbagaian sektor yang lebih besar.

Bursa Malaysia Pulih Pada Tengah Hari Disokong Daya Tahan Asas Ekonomi Domestik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih pada tengah hari, dengan sentimen pasaran disokong oleh asas ekonomi domestik Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.

Saham  YTL Corp Naik 1.64 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Harga saham YTL Corporation Bhd (YTL Corp) meningkat 1.64 peratus pada dagangan awal Jumaat, meskipun syarikat itu melaporkan keuntungan bersih lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung, Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan pelabur mengambil keuntungan berikutan peningkatan pada sesi dagangan sebelumnya, manakala ketidaktentuan geopolitik yang berterusan terus mempengaruhi sentimen pasaran.

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur pada Jumaat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Bagi Sesi Keempat Berturut-turut

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, meneruskan kenaikan bagi sesi keempat berturut-turut.

FBM KLCI Diperluas Kepada 50 Kaunter, FBM 70 Dikurangkan

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan FTSE Russell, bahagian perniagaan milik penuh London Stock Exchange Group (LSEG), akan menambah baik metodologi indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FBM 70) susulan proses rundingan awam yang dijalankan awal tahun ini.