Terdapat 200 berita berdasarkan kata kunci carian " gangguan"

Malaysia Perkukuh Kerjasama Perdagangan Makanan, Pertanian Dengan Uzbekistan

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kerjasama perdagangan makanan dan pertanian dengan Uzbekistan serta rantau Asia Tengah dengan lebih meluas, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan dan mengukuhkan keselamatan makanan jangka panjang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik serta rantaian bekalan global. 

ASEAN-Rusia Perlu Perluas Kerjasama Secara Menyeluruh Terutamanya dalam Keselamatan Makanan, Tenaga - PM Anwar

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- ASEAN dan Rusia perlu memperluaskan kerjasama pelbagai hala dalam bidang seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas harga minyak mula menurun, seterusnya meredakan kebimbangan inflasi dan merangsang sentimen yang lebih baik terhadap logam berharga itu.

Sektor O&G Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Dua Peringkat, Harga Minyak Sokong Pendapatan Jangka Pendek - AmInvestment

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia dalam fasa pemulihan dua peringkat, dengan harga minyak yang tinggi menyokong prestasi pendapatan jangka pendek manakala perbelanjaan modal Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang meningkat semula dijangka memacu pemulihan aliran kontrak secara berperingkat mulai 2027 dan seterusnya, menurut AmInvestment Bank Bhd.

Pasaran Ekuiti Malaysia Dijangka Meningkat Semula Pada Separuh Kedua 2026 - Affin Hwang

KUALA LUMPUR,16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran ekuiti Malaysia akan pulih pada separuh kedua 2026, dipacu oleh harapan terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Sentimen Global Lebih Positif

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi ekuiti serantau apabila sentimen risiko geopolitik bertambah baik susulan perjanjian sementara antara Amerika Syarikat dan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz, kata penganalisis.

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Operasi AirBorneo Semakin Stabil Selepas Pesawat Kembali Beroperasi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- AirBorneo mula memaparkan peningkatan operasinya selepas pesawat yang terjejas kembali berkhidmat ketika usaha memulihkan keadaan masih diteruskan susulan gangguan penerbangan di Sarawak dan Sabah.