1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Zetrix AI Bhd (Zetrix AI) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM269.25 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM199.15 juta dalam tempoh pada 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) mencatatkan kerugian bersih RM1.34 bilion dalam suku ketiga 2026 berbanding keuntungan bersih RM346.59 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini selepas memberikan kerugian rosot nilai sebanyak RM1.62 bilion ke atas pelaburan dalam syarikat bersekutu luar negara, Synthomer plc yang tersenarai di United Kingdom.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan ancaman AS mengenakan sekatan baharu “D-Day Ekonomi” yang lebih buruk ke atas Iran selain risiko dasar itu menjelang simposium tahunan Jackson Hole.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Guan Chong Bhd melonjak 424.9 peratus kepada RM253.02 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM48.20 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin, disebabkan pelabur menunggu keputusan pendapatan korporat seterusnya untuk mendapatkan hala tuju pasaran lebih jelas, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd melonjak 124.4 peratus kepada RM322.03 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM143.54 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
PETALING JAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Syarikat konsesi tol untuk West Coast Expressway (WCE), WCE Holdings Bhd menjangka akan mencapai aliran tunai dan pulangan modal yang positif menjelang tahun kewangan 2030.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (Petronas Dagangan) meningkat kepada RM387.21 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) berbanding RM265.53 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Eastern & Oriental Bhd (E&O) meningkat kepada RM58.11 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 daripada RM45.41 juta pada suku pertama tahun kewangan 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal mendatar pada tengah hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati dalam musim pelaporan prestasi kewangan dengan memantau pencapaian pendapatan, trend kualiti aset dan prospek korporat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menaikkan sasaran jualan bagi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) kepada RM5 bilion daripada RM4.5 bilion, berikutan sambutan menggalakkan daripada pembeli antarabangsa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan musim pelaporan pendapatan yang menyebabkan pelabur lebih memilih dalam membuat pelaburan, kata penganalisis.