9hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan unit negara maju itu menyusut ketika pasaran menilai prospek kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- TRC Synergy Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM148.98 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd, membabitkan kerja-kerja perkhidmatan bawah tanah bagi sebuah pusat data hiperskala.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Public Bank Bhd mengemukakan cadangan untuk menyahsenarai anak syarikatnya yang dimiliki sebanyak 73.23 peratus, Public Financial Holdings Ltd (PFHL) pada harga tawaran HK$2.50 (RM1.29) sesaham.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pusat data ketika ini menyumbang 9.28 peratus daripada jumlah penggunaan elektrik negara, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
10hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa, dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak dan sentimen berhati-hati menjelang keputusan dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) yang seterusnya, kata seorang penganalisis.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas yang lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
10hari ago
GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Bahagian Automasi Mesin (B&R) ABB Group yang berpangkalan di Switzerland berhasrat memperkukuh kehadirannya di Pulau Pinang dan memperluas peranan negeri itu dalam operasi Asia Tenggaranya.
10hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi akhir Selasa ketika minat belian beralih daripada indeks saham wajaran tinggi kepada saham pembinaan bermodal kecil dengan sentimen terus diasak oleh ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.
10hari ago
GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Industri perlu mempertingkat produktiviti, mengoptimumkan penggunaan tenaga dan memperkukuh kebolehpercayaan operasi, selain mempercepat agenda kelestarian bagi memastikan daya saing kekal kukuh dalam persekitaran kos yang meningkat serta perubahan teknologi yang pesat.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai perjanjian jual beli saham (SPA) tanpa syarat dengan Ageas Insurance International NV yang berpangkalan di Belgium bagi mengambil alih baki 30.95 peratus kepentingan ekuiti dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) bernilai RM4.83 bilion.
10hari ago
PETALING JAYA, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia menjangkakan kira-kira sembilan gigawatt (GW) kapasiti kuasa gas akan digunakan menjelang 2032, bagi menampung permintaan elektrik yang semakin meningkat di samping menamatkan penjanaan arang batu secara berperingkat.