1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) bakal menaikkan kadarnya berdasarkan bayangan daripada ucapan pengerusinya Kevin Warsh di Simposium Jackson Hole, baru-baru ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aktiviti belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM200.5 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan ketidaktentuan mengenai prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.
1bulan ago
Daripada Abdul Hamid A Rahman
GUIYANG (China), 30 Ogos (Bernama) -- Pengalaman selaku wartawan Malaysia yang ditugaskan membuat liputan mengenai ekonomi digital Guiyang ketika bulan kemerdekaan negara, mendedahkan bahawa iktibar pertama mengenai kehidupan di salah sebuah bandar teknologi di China ini bukannya di dalam makmal kecerdasan buatan (A), pusat data mahupun kenderaan autonomi.
1bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
SINGAPURA, 30 Ogos (Bernama) -- Rantau Asia tidak kekurangan bakat dan berkemahiran teknikal bagi dunia Formula Satu (F1) serta industri permotoran ini secara amnya, namun kekangan akses dan laluan kerjaya tidak jelas terus menjadi penghalang utama bagi profesional yang berminat di rantau ini.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjur kekal kukuh dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong bekalan komoditi yang dijangka terhad dalam keadaan cuaca buruk.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat kepada RM1.94 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 (suku kedua 2026) berbanding RM1.89 bilion dalam suku kedua 2026, disokong oleh prestasi menyeluruh merentasi semua perniagaan.
1bulan ago
IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) AIREI Sdn Bhd melancarkan kilang minyak sawit pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) kedua, kali ini dengan kapasiti lebih besar iaitu 60 tan sejam berbanding 45 tan sejam untuk kilang pertamanya.
1bulan ago
PADANG BESAR, 28 Ogos (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin - Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) mencatatkan pencapaian pengendalian 100,000 Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki (TEU) dalam tempoh empat bulan setengah sejak beroperasi sepenuhnya pada April lepas.